Monday, February 22, 2010

Raih dariNya



" Makan itu ketenangan satu hari, walimah itu ketenangan satu bulan, mengumpul harta itu ketenangan satu tahun, tetapi memiliki iman ketenangan sepanjang hayat"

Ilmu itu...



· menara kepada penghuni syurga

· teman di saat kesunyian

· rakan dimasa keseorangan

· teman berbicara di waktu khulwa

· petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan

· senjata dalam menghadapi musuh

· perhiasan di saat bersama teman-teman


salamualaik....
waktu ini, tiada yang akan mengerti apabila iman kita bersuara....

bila nafsu gelojak mengibas dirinya...maka iman akan tegas berbicara kepadanya agar jangan melampaui batas...

bila kerinduan yang tak saharusnya di tempiaskan pada yang bukan muhrim, maka iman bersuara agar tunduk kepada Ilahi...jangan kerinduan itu membinasakan diri..

bila air mata mengalir tika waktu bermunajat kepada Ilahi, tika menyatakan hasrat tidak upaya menanggung ujian, tika merintis tunduk memegang dada dengan penuh kedaifan, tika itu iman gembira bercahaya terang...dan berkata " bersuaralah kamu, kerana bicaramu itu ,,, mendekatkan aku kepada Pencipta"....

raihlah kasih sayang Tuhan....rasa kecintaan dari Ilahi..

bila

Tuesday, February 16, 2010

Program Liqa mesra..alumnai poli



sebahagian peserta muslimin yang hadir







salam...alhamdulillah hampir 3 bulan bertungkus lumus bagi menjayakan program ini...alhamdulillah kita berjaya mengumpulkan hampir 150 orang termasuk anak anak alumnai...mengetuai program ini bukan perkara yang mudah, nak menyatukan kan alumnai setiap negeri untuka berkumpul di utara....

" tautkan hati dengan ikatan akidah, pasti akan kekal abadi, sehingga kita bertemu Ilahi"

Wednesday, February 10, 2010

...sudah ku lupakan

...ketika awan mendung berarak menuju ke barat, ketika itu tiada yang mampu untuk menahannya... hanya menunggu titisan butiran air jatuh ke bumu...

setipa hari, bumi di timpa hujan....walaupun cerah kebahagiaan tetapi tetap butiran air jatuh ke bumi....

hari bersilih ganti, bulan berganti bulan.....semakin lebat air mengalir ke bumi...

dengan penuh kesabaran, dengan penuh penantian, dengan penuh pengharapan...membayangkan khayalan menjadi kenyataan,....masa berganti masa..
tiada tiada tiada...memang tiada dah...

memang sudah tiada...sudah hampir untuk melupoakannya...

hati kecil berbicara... kerana kesetiaanmu, dirimu penuh di baluti kemurungan...
hati kecil bebricara....kerana kesetiaanmu, dulu dirimu ceria tetapi sekarang
semakin sugul
hati kecil berbicara....kerana kesetiaamu, semangatmu semakin merosot
hati kecil berbicara.... memang tidak ada lagi....memang tidak ada lagi...

kenapa menunggu kepada insan yang tidak rela bersamamu menuju redha Allah, hidup bersama di syurga... walaupun ayahmu berpesan, carilah teman sejati yang boleh mengajar dan bersama bantu membantu menongkah arus ganas dunia agar dirimu tidak terjebak ke lembah yang lebih hina...

sampai bila harus menanti.... kesabaranku hampir sahaja tidak kuat, hampir sahaja tidak kukuh....

penuh dengan penyeksaan yang sungguh amat sakit.....

MONOLOG : KAHIRUL AZZAM DALAM BICARANYA

Monday, February 8, 2010

Mengasihimu....demi Sunnah: Raih Syafaat


Segala puji bagi Allah, Penguasa sekaligus pengatur bumi dan segala isinya dan salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad saw penyandang gelaran Al Amin dan teladan yang mulia. Kita berharap dengan penuh kesungguhan semoga kita termasuk orang yang mendapat syafaat baginda ketika tidak ada seorang pun yang mampu menolong,bahkan menolong dirinya sendiri
Marilah kita sama sama menghadap kepada Yang Maha Esa dan Maha Mulia, Maha Tunggal, tempat bergantung semua, agar kita semua bersimpuh di depan pintu gerbang RububiyyahNya, berlindung di pintu wahdaniyyahNya,memohon dan sentiasa bermohon, meminta dan menunggu apa yang Dia berikan. Dialah Pemberi Afiat, Pemberi Kesihatan dan Maha Mencukupi. Dan Dialah adalah pencipta, Pemberi reseki, yang member hidup dan mematikan


Tautankan hati dengan ikatan akidah, pasti akan kekal abadi sehingga kita bertemu Ilahi….kata kata ini menjadi peransang kepada kita , mudah mudahan kita tergolong dari golongan yang mandapat rahmat kasih sayang Ilahi iaitu bertemu dan berpisah kerana Allah.

Teguhkan hati seperti gunung Uhud, tanpa tumbuhan yang menghalang hakisan hujan
Teguhkan diri tanpa rebah di undang badai kelesuan
Teguhkan pandangan pada yang satu, pasti hidup lebih berarah

Pasakkan jiwa dengan janji Ilahi, pasti tiada gusaran melanda
Pasakkan fikiran dengan matlamat yang jelas ibarat panah pada tujuannya
Pasakkan tumpuan pada halatuju yang satu, mengukir fatamorgana agar menjadi nyata berkat doa senjata mukmin.

Mengasihimu... bukan bermakna tiada orang lain untuk dikasihi tetapi engkau satu satunya...

Mengasihimu....bukan kerana keistimewaan zahir padamu tetapi keteguhanmu pada agama menjadi pesona padaku..

mengasihimu...Bukan bermakna menolak kelemahanmu tetapi menghargai keistimewaanmu dan sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik...

mengasihimu...bukan bermakna jauh jadi ukuran, tetapi yang jauh itu lebih merasai kemanisannya, menjelaskan kesungguhan, menyatakan tanggungjawab...

dan mengasihimu....kerana ia satu Sunnah demi meraih Syafaat.....

Tuesday, February 2, 2010

Qurani Group...



salamualaik....subhanallah, Ilahi yang menentukan aturan manusia.... ketika mana insan ini memerlukan jalan untuk membantu masyarakat...ketika ini lah Ilahi mendengar rintihan ku agar dapat menolong masyarakat, terutamanya generasi akan datang...
pertemuan dengan satu wadah hidangan untuk menyebarkan Agama Allah...

Alhamdulillah...
sudah tibanya Ilahi memberi amanah kepadaku untuk mengetuai program yang ana kira cukup besar


QURANI GROUP ...inilah program berkala ala halaqah untuk membantu golongan muda agar mudah mengenal Ilahi yang kita sayangi...

mudah mudah program ini berjaya mendidik hati mereka dalam mengenal ajaran Allah, tuntutan Rasullulah berpandukan syariat dan segalanya dalam islam.

Kepada Ilahi ..syukran kerana mengizinkan hambaMu yang kerdil ini untuk mengagungkan agamaMu...bimbinglah aku untuk tidak lari dalam menegakkan syiar Islam ....