Thursday, April 30, 2009

Nilai setitis air mata


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah..
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan siksa Allah..
Tangisan dapat memadamkan api

Neraka “Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Friday, April 24, 2009

Taubat...






BERTAUBAT daripada dosa dan kesalahan merupakan kaedah terbaik untuk mengembalikan ketenteraman jiwa.

Dorongan dan anjuran untuk bertaubat dalam al-Quran sangat jelas. Firman Allah: ‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri’ - Surah al-Baqarah: 222.

Nabi Adam pernah melanggar perintah Allah dan melakukan taubat. Firman Allah: ‘Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.’

‘Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: ‘Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di Bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

‘Kami berfirman lagi: ‘Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui rasul-rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita’ - Surah al-Baqarah: 35- 38).

Nabi Musa juga pernah bertaubat daripada kesalahannya kepada Allah. Ketika Allah berbicara kepada Nabi Musa dan membuatnya boleh mendengar kata-kata-Nya, Nabi Musa meminta agar dia boleh melihat Allah, sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh sesiapa. Dia berkata, ‘Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku agar aku dapat melihat Engkau’ - Surah al-’Araf: 143

Lalu Allah menegur permintaannya dengan firman; ‘Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusan-Ku (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur’ - Surah al-’Araf: 144.

Selain Nabi Adam dan Nabi Musa, nabi-nabi yang lain turut pernah memohon keampunan Allah kerana ujian yang dilalui.

Taubat memberi kesan psikologi yang sangat bermakna kepada individu. Seluruh kehidupannya berubah biar pun sebelumnya dia merupakan seorang yang lalai.

Kisah Dinar Al-Ayyar yang derhaka kepada ibunya dapat dijadikan contoh. Dinar Al-Ayyar, sebenarnya dia seorang lelaki sangat tidak mengendahkan nasihat daripada ibunya.

Jarang sekali kata-kata nasihat, teguran kasih-sayang dan suruhan yang baik diikut oleh beliau. Ketika Dinar al-Ayyar melewati kawasan kubur yang di dalamnya berselerakan tulang dia mengutip satu daripada tulang berkenaan dan didapati telah reput.

Terdetik di hatinya, ‘Ah! Beginilah akhirnya setiap orang yang hidup. Tak terkecuali diriku, tulangnya akan rosak dan tubuhnya menjadi debu. Mengapa aku masih selalu melakukan dosa?’

Dia berfikir panjang dan mula mengimbas dosanya kepada ibu yang sangat mengambil berat dirinya lalu memohon maaf. Ketika meninggal dunia ramai orang yang mengunjungi jenazahnya.

Kisah dan cerita mengenai orang, kaum dan masyarakat yang bertaubat telah banyak kita dengar.

Pelbagai keadaan yang berlaku kepada mereka sebelumnya yang membuatkan mereka sedar, mula mencari arah dan kembali kepada Tuhan.

Dalam hati setiap daripada kita, jauh di sudut hati, keinginan untuk mengakui kesalahan dan kehidupan sentiasa membuak-buak dan ternanti-nanti masa yang sesuai.

Penyesalan yang bersungguh-sungguh, berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan jahat yang mendatangkan dosa dan maksiat kepada Allah, insya-Allah akan diterima taubatnya kerana janji Allah dalam firmannya yang bermaksud: ‘Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan’ - Surah asy-Syura: 25.

Galakkan untu
k segera bertaubat adalah untuk meraih tempat yang mulia di sisi Allah. ‘Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa’ - Surah ali-Imran: 133.

Wednesday, April 22, 2009

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

artikel ni bagi yang sudah dipunyai..sekadar di papar semula yea

Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

berumah tangga bukan untuk menerima. berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.

Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.

Nasihat itu saya pegang hingga hari ini….

…ERTI KEBAHAGIAAN

Beberapa hari yang lalu, saya menerima sms dari seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang saya kendalikan.

Katanya, “Ustaz, apa yang saya sedar selama ini, ramai orang merasa bahagia dan gembira apabila dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga. Namun, pada hemat saya, ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagiaan dalam hidup ustaz? Harap, soalan ini mudah untuk dijawab. Bukan soalan, tetapi minta ustaz kongsi dengan saya jika tidak keberatan.”

Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut adalah jawapan saya kepadanya,

“Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”

PENGHARGAAN BUAT SEORANG ISTERI

Terima kasih kepada isteri saya kerana bersabar dengan segala ujian yang menimpa kehidupan selama ini. Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.

Terima kasih juga kepada isteri saya kerana tidak menambat kaki ini untuk terikat di rumah. Seorang isteri yang menghalang suaminya keluar berjuang, akan sentiasa memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Perginya suami atas dorongan isteri, adalah pemergian yang dibayangi kepulangan.

Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa isteri saya mentaati Allah dan dijaga oleh Allah sepanjang pemergian saya. Isteri saya juga percaya bahawa saya mentaati Allah dan dijaga-Nya sepanjang masa saya meninggalkan rumah.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya…

Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan. Apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah segala hak yang ditentukan. Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu

Wednesday, April 15, 2009

salam perpisahan



...huhuhu malu untuk mengatakan kesedihan, namun hati kecil ni sering mengatakan begitu,selama 3 tahun 4 bulan bersama dalam kancah pahit manis duri dan onak kehidupan tarbiyah...kadang kala selalunye perpisahan akan di tangisi....analoginya begini: kita kaitkan dengan kematian orang yang beriman...ketika lahir kita menangis tetapi disekeliling kita tersenyum kegembiraan, ketika kita mati biarlah kita tersenyum berjumpa Ilahi tetapi orang di sekeliling kita pasti akan menangis melihat pemergian kita....

buat insan yang sentiasa bersamaku ( asmahulhusna) dalam gerak kerja (1 tahun 4 bulan), ku hadiahi setangkai doa kesejahteraan buatmu...dan juga sahabat sahabat yang lain, ku hadiahi setangkai Al fatihah buat kalian agar kalian semua sentiasa berada dalam keimanan.... dan ana titipkan puisi indah untuk kalian....terimalah....

Ana telah memahami selama ini
Tiap pertemuan ada perpisahan
Namun apa jadinya kuasa diri
Yang dikorbankan adalah pertalian idaman

Orang-orang yang kucintai dan ku kagumi
Seperti aku mencintai diriku sendiri
Saudara-saudara dalam satu cinta
Bersama-sama mengharap redhaNya

Walau sedar di situ akan ada jumpa
Di masa penantian maupun pengakhiran
Tersemat beratnya duka lara
Tersembunyi rasa kehilangan

Tak ada daya saling melukai perasaan
Maka tak tega kesedihan diperlihatkan
Akhirnya hanya tutur penghibur terlontar
Agar membuat kami lebih tegar

''Wahai saudaraku...
Sungguh perpisahan itu bukanlah pemutusan
Sungguh ia adalah memanjangkan
Kait lebih luas tali cinta ilahi dalam persaudaraan...''

''Wahai saudaraku...
Maka berjuanglah kamu di sana
Sedangkan aku masih berjuang di sini sementara
Moga kelak dipertemukan lagi dalam perjuangan yang sama...''

Kami pun berpelukan
Sambil melepas kata-kata asa dan doa
Lalu ia berpaling meninggalkan
Hingga lenyap nyata tubuhnya

Tuesday, April 7, 2009

Suka Dalam Diam...



suka dalam diam... lebih baik merahsiakan sebelum tiba waktunya....
perkenalan, bermula dengan kekaguman selalunya diakhiri dengan kebiasaan.
perkenalan, bermula dengan penghormatan selalunya akan di akhiri dengan perselisihan.
tetapi perkenalan bermula dengan hati menuju Ilahi selalunya akan timbul bibit bibit saling hormat menghormati. bertolak ansur dan masing masing mendoakan kesejahteraan kehidupan " si pekenalan"..