Monday, December 14, 2009

Ketawa sikit sikit ,Senyum banyak banyak..:-)



salamualaik....heheh, pagi ni hati rasa sungguh bahagia, rasa ceria dan tersenyum ...secara kebetulan juga tengah dengar ceramah dato fadhilah kamsah tentang petua ceria selalu...antaranya isinya " kita kena cari butang hijau kita " maknanya kita kena cari al sebab yang menyebabkan kita ceria, dan kena dapatkan...contohnya, dengar nasyid kita ceria, kita sms kawan / sahabat pagi pagi or terima msg dari kawan , kita ceria or kita jumpa sahabat yang lama tak ketemu pun akan menjadikan kita ceria...dan isi yang kedua, lebarkan hubungan, tambah kawan, tambah sahabat kurangkan musuh dan isi yang ketiga.... terima diri kita tanpa syarat...keceriaan itu terbit apabila kita meredhoi kehidupan kita sebegini, terima seadanya diri kita....dan keceriaan hakiki adalah datang dari rahmat Ilahi dan untuk memastikan keceriaan menjadi milik kita everyday..jangan tinggal solat, patuh perintah Allah dan dirikan ibadah dengan smpurna dan berdoalah khusus untuk ceria.....okey....semoga diri sentiasa ceria yea...maasalamah

Friday, December 11, 2009

Jelajah lima 09 di langkawi....hehehe

Assalamualaikum.... bru baru ni abiskan sikit percutian di langkawi....
tengok LIMA 09....

so kat sini ada sikit pic......




Wednesday, December 2, 2009

Musim Buah....uwah uwah

salamualaikum ... hari ni nak story sedikit...
alhamdulillah kebun aku sekarang musim buah,,,durian , rambutan, manggis, dan langsat...
so kat sini saje je nak kongsi pic pada semua...okey..moga tersenyum yea.opsss lupe lak...
musim buah kena pada waktu musim banjir....








Sunday, November 1, 2009

semoga menjadi muallimah yang di teladani....



salamualaik...mudah mudahan kasih sayang Ilahi sentiasa bersama kalian semua... walaupun jauh di perantauan ( sabah), insyaAllah sekalung doa sentiasa di utuskan agar kalian semua selamat disana...

tiada ungkapan yang lebih bermakna... cuma bila berada disana, jangan tukar dialek pulak yea.... kalo dah kecek kalate tu jangan kacek sabah ba yea...hahahahah

ok ukhuwwah fillah abada abadan


salam perjuangan untuk semua

Friday, October 30, 2009

Hakikatnya....


Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirika
n ALLAH dengan sesuatu."

Wednesday, October 28, 2009

Tersenyum hari ni...29/oct





alhamdulillah.... tersenyum aku hari ni...
nak tahu.... tak pe la... ini soal kegembiraan dalam diri( hati).....tenang rase hari ni...

alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar