Saturday, June 20, 2009

Ada kalanya Keceriaan itu Membahagiakan


Bahagiakan kehidupan ini,,, jangan selalu bersedih....pikir positif,lihat dengan penuh hikmah, rasa dengan penuh kasih,

Gelombang emosi kita punya getaran tersendiri.

Getaran positif akan menarik situasi positif. Begitu juga dengan getaran negatif. Bila fikiran kita asyik menerbitkan getararan negatif, maka ia akan menarik situasi-situasi negatif.

Sebab itulah perlunya kita 100% sentiasa berfikiran positif, bertindak positif dan berkata yang positif-positif saja sepanjang masa, seboleh mungkin, selama mungkin supaya segala apa yang muncul dalam hidup kita yang positif saja.

Jika kita berfikiran negatif walaupun sedikit, gelombang fikiran negatif yang sedikit saja tu akan memadam banyak gelombang positif yang dah kita cuba kekalkan sepanjang hari. Punyalah payah kita nak jaga, pastu senang-senang saja nak hilang. Mesti kita tak nak camtu kan…

Thats why kita perlu elakkan dari perkara-perkara yang boleh membuat kita berfikiran negatif walaupun sedikit atau terperangkap masuk ke fikiran negatif cuma sesaat. Anda perlu sedar. Walaupun sikit, fikiran negatif tetap memberi kesan yang besar!

Ingat. Hanya akan ada SATU jenis gelombang saja di minda kita pada satu-satu masa.

Hanya akan ada SATU emosi saja di fikiran kita pada satu-satu masa. Ia berubah-ubah sama ada positif atau negatif, bergantung pada keinginan kita.

Jadi, biar yang satu tu kita letak semuanya yang positif saja.

Jika kita tekad nak kawal fikiran kita supaya sentiasa jadi positif, maka positiflah ia. Nak mengawal fikiran positif sepanjang hari memerlukan kekuatan jatidiri, kemahiran mengawal emosi dan tekad yang kuat sebab di sekeliling kita banyak terdapat gelombang-gelombang negatif.

Nak jadi titik putih di atas kertas kertas hitam amat mencabar, namun ia akan berjaya dilakukan jika Anda ada 3 syarat yang saya katakan tadi, iaitu kekuatan jatidiri (kuat semangat), mahir mengawal emosi dan punya tekad yang amat kuat.

Akhir kata, berusahalah untuk menjadikan diri Anda ceria, tenang dan jika boleh, gembira sepanjang masa. Lupakan apa saja yang negatif, yang buruk-buruk dan yang menyakitkan hati.

Lupakan saja, elak untuk mengingat, memikirkannya atau bercakap tentangnya walaupun sedikit. Anda perlu elak sebab ia akan mengheret Anda masuk ke lembah kemurungan, permasalahan berat, kurang keyakinan diri.

Orang yang happy, yang tenang, hidupnya bahagia saja.

Dia mudah mendapat hasil yang cukup baik dalam apa jua yang diusahakan olehnya.

Gelombang emosi positif yang keluar dari mindanya menarik situasi-situasi positif muncul dalam hidupnya tanpa dia sendiri sedari. Yang dia tahu, be happy, be positive all the way.

Sikap menjaga emosi “feel good” sepanjang hari adalah salah satu teknik untuk “work smart in hard way”. Inilah juga sebab mengapa orang-orang berjaya sentiasa bersemangat, bertenaga dan cekal hati walau berdepan berbagai dugaan hebat.

Sifat selembut Abu Bakar setegas Saidina Umar


Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.
Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.
Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.
Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.
Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.
Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.
Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.
Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.