Friday, May 29, 2009

Di jalan dakwah ku gapai ketenangan

a href="http://testi.iluvislam.com">

Pernikahan adalah akad untuk beribadah kepada Allah, akad untuk menegakkan syariat Allah dan akad untuk membangun rumah tangga yang sakinah mawadahwarahmah,
Pernikahan adalah akan untuk meninggalkan kemaksiatan, akad untuk saling mencintai kerana Allah, akad untuk saling menghormati dan menghargai, akad untuk saling menerima apa adanya, akad untuk saling menguatkan keimanan, akad untuk saling membantu dan meringankan beban, akad untuk saling menasihati, serta akad untuk setia kepada pasangan baik dalam suka dan duka, dalam kefakiran dan kekayaan, juga dalam sakit dan sihat….

Pernikahan beerti akad untuk meniti hari hari dalam kebersamaan, akad untuk saling melindungi, akad untuk saling member rasa aman, akad untuk saling mempercayai, akad untuk saling menutup aib, akad untuk saling mencurahkan perasaan, akad untuk berlumba menunaikan kewajipan, akad untuk saling memafkan kesalahan, akad untuk tidak menyimpan dendam dan kemarahan, serta akad untuk tidak mengungkit ungkit kelemahan, kekurangan dan kesalahan

Pernikahan adalah akad untuk tidak melakukan pelanggaran, akad untuk tidak saling menyekiti badan, akad untuk lembut dalam perkataan, akad untuk santun dalam pergaulan, akad untuk indah penampilan, akad untuk mesra dalm mengungkapkan keinginan, akad untuk saling mengembangkan potensi diri,akad untuk saling menumpahkan kasih saying, akad untuk tidak adanya pemaksaan kehendak, akad untuk tidak saling membiarkan dan akad untuk tidak saling meninggalkan
Pernikahan adalah akad untuk segala hal bernama kebaikan

Monday, May 25, 2009

Saya menangis sebab tidak..........

TAIPING, 14 Mei (Hrkh) - Majlis Kesyukuran sempena kemenangan Pakatan Rakyat yang diadakan di Taman Kuning Sari, dekat sini, baru-baru ini sepatutnya disambut dengan gembira dan rasa syukur. Namun bagi wanita setengah abad berbangsa China yang hanya mahu dikenali sebagai Francis, ia disambut dengan penuh terharu. Seperti tetamu lain, mulanya Francis rancak berbual dan sangat ceria, tetapi apabila terpandang wajah Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang baru tiba, muka yang ceria itu bertukar kelat dan bergenanganlah air jernih di kelopak matanya. Menyedari berlakunya perubahan mendadak ini, para tetamu yang duduk di sebelah bertanya puncanya.
"Saya menangis sebab tidak sangka sambutan kawan-kawan sangat mesra, macam adik-kakak.
"Lagi satu, saya sungguh simpati dengan MB yang dianiaya. Dia orang baik. Orang baik pun dikhianati? Haknya membela rakyat dirampas. Kenapa zalim sangat," kalimat ini membuatkan para tetamu yang hadir tergamam
.
Sementara itu, dalam ucapan alu-aluannya, Ketua PAS Cawangan Taman Kuning Sari, Hashim Abdul Rahman merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas, sama ada tenaga tempatan mahupun pembantu sukarela dari seluruh negara yang telah bertungkus lumus melaksanakan kerja bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat. "Syukur Alhamdulillah Allah memberikan kemenangan yang amat besar maknanya kepada kita, semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal atas usaha ini," ujarnya. Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar pula mengimbau peristiwa lucu yang berlaku kepada perayu-perayu undi PAS ketika merayu undi daripada masyarakat China Kuala Sepetang. "Selain merayu untuk PAS, mereka dipinta 'menyiasat' setakat manakah sokongan yang diterima pihak lawan. "Para perayu ini merayu orang ramai memangkah calon lawan," ujarnya. Bagaimanapun, tambah beliau para pengundi Cina yang diminta mengundi BN mendakwa sudah menjadi ahli PAS dan telah bersumpah untuk mengundi PAS. "Mereka juga takut berdosa jika melanggar sumpah itu," cerita Ustaz Nordin disambut sorakan hadirin. Nizar yang turut berucap mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang bermati-matian melaksanakan tugas menghadapi pilihan raya kecil itu. "Inilah senario sebenar masyarakat Malaysia, hubungan akrab antara kaum seperti ini membanggakan kita. "Kemenangan Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang mudah, kita terpaksa menerangkan dasar perjuangan serta aspirasi dengan turun sendiri ke padang. "Tetapi mereka (BN) dengan angkuh dan sombong tak rasa bersalah menyalah-gunakan kemudahan awam yang dipunyai rakyat untuk berkempen dan memfitnah kita," katanya. Majlis yang dihadiri 200 tetamu petang itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Mejar (B) Eeri Abdul Wahab. - mks.

Tuesday, May 19, 2009

6 PEGANGAN DALAM AL IKHWAN...



1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.
4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.
5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.
6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.

Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”. Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.” Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada
setiap pihak.

Sunday, May 17, 2009

penyejuk dimata, mendamaikan hati







Peluang Menyemak Arah Kiblat

FENOMENA ISTIWA UTAMA MATAHARI DI KAABAH:

Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa 'istiwa utama matahari di Kaabah'. Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang.



Rajah 1 : Fenomena istiwa matahari di Kaabah

Ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas:



Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.

  • Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.

  • Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.


    Rajah 2 : Penggunaan bayang menentukan arah kiblat

    Tepat pada masanya pada 28 Mei jam 5.16 petang atau 16 Julai jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.
  • Sepotong kakinya telah berada di dalam syurga



    ……"Dia berkata ... sepotong kakinya telah berada di syurga," kata Syakir, seorang siswa daripada Haluan Siswa. "Jadi, dia minta berperang supaya seluruh tubuhnya berada di dalam syurga itu."
    Memang bergenang air mata saya ketika itu juga tatkala mendengar anak muda yang berjambang itu menerangkan keperitan hidup saudara kita di Palestin. Sebenarnya, hal itu biasa saya dengar. Tetapi, entah kenapa, tiba-tiba hati saya bergegar.
    Tak lama selepas itu, air mata perlahan-lahan, sedikit demi sedikit mula bergenang. Dan, saya lihat anak muda itu terhenti seketika percakapannya ketika memberikan penerangan kepada saya………..
    layari....
    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020621&Itemid=90

    Saturday, May 16, 2009

    hadiah untuk GURU...huhuhu




    salamualaiak...huhuhu
    hari ni nak story sedikit.... hari ini saya dapat hadiah dari anak anak murid SMTAS....banyak progaram yang menarik dan anugerah pun banyak
    cikgu paling garang la
    cikgu paling hensem la
    cikgu paling comel la
    cikgu paling bergaya la

    macam macam huhuhuu
    ada persembahan dikir barat, silat dan yang paling seronok sekali apabila nyanyi beramai ramai dengan semua guru, lagu " Guru Malaysia"....

    Dan Harini juga saya mula duduk di rumah waden
    bermula tanggungjawab menjaga anak anak di sini hmmmm
    apepapepun yang paling penting....dakwah islam mesti disebarkan dan perkaderan akan terus berlaku.....fasa by fasa mesti disusun dan dilaksanakan

    Friday, May 15, 2009

    AL Baqarah 216 : Jawapan penyejuk hati



    وَعَسَى َأن تَ ْ كرَهُوْا شَيًْئا وَهُوَ خَيْرٌ لَّ ُ كمْ وَعَسَى َأن تُحِبُّوْا شَيًْئا وَهُوَ شَرٌّ لَّ ُ كمْ وَاللّهُ يَعَْلمُ
    ( وََأنتُمْ َ لا تَعْلَمُو َ ن ( 216
    216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
    dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui

    (Surah al-Baqarah)


    mudah mudahan dengan kalam Ilahi ini memberikan sedikit iman tentang ketentuan Qadar dan Qada'......kita tidak punyai kuasa tetapi kita punyai pilihan untuk berusaha dengan apa cara sekalipun, selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat.... berusahalah...kerana Ilahi tidak pandang pada hasilnya tetapi pada usaha yang kita lakukan.....maasalamah

    Monday, May 4, 2009

    senyumlah ...senyumlah



    “Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan datang,Kadang-kadang kita minta cerdik tapi lain pula yang diberi,Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula yang ada,

    Dugaan menjadikan mental kita kuat,Masalah menjadikan kita berfikir,Huru-hara menjadikan kita tabah,Hebatkan ALLAH, semua nya ada hikmah,

    Kalaulah manusia tahu hadis ini

    Telah berkata jibril, "wahai tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambamu ini" maka ALLAH menjawab “Biarkanlah hamba ku itu, kerana aku MENCINTAI suaranya”

    Riwayat Anas bin Malik.

    Saturday, May 2, 2009

    Rumah itu bersendirian : menunggu ....dan terus menunggu



    menunggu bukan bermakna mengharap,
    menunggu bukan bermakna buang masa
    menunggu bukan bermakna tiada yang lain
    menunggu bukan bermakna perlu habiskan masa pada perkara yang sia sia
    menunggu bukan bermakna tiada cara lain

    tetapi..
    menunggu itu bukti kesungguhan untuk yang ditunggu
    menunggu itu adalah bukti kesetiaan
    menunggu itu kerana Ilahi semata mata
    dan menunggu itu, lahir dari " rumah bersendirian" tanpa dipaksa mahupun disuruh kerana menunggu dan kesabaran itu sentiasa bersama sama, biarlah seksa tetapi indah ketika mengecapinya....

    untuk MADAH yang perlu diertikan