Thursday, December 31, 2009

salamualaik....tekad....



"jiwa ni selalu lemah kerana sukar untuk menerima realiti diri sendiri...di ampuh dengan kekuatan khayalan yang tiada sendi kuat bertunjangkan matlamat yang jelas...selalu kata kata " hope" menjadi pendorong untuk hidup,menjadi nadi untuk merasa semangat sepanjang masa, menjadi lebih ceria ......tetapi hakiaktnya tiada, memang tiada.......selamanya menunggu pasti tiada juga jawapan yang di terima..... perlbagai alasan di bina untuk mengelak, mengelak dari meneruskan, mengelak dari terus terjebak, mengelak agak tidak lebi intim.......setiap hari2 air akan mengalir tanpa henti kerana menunggu keajaiban Ilahi, menunggu sesuatu yang luar batasan fikiran manusia, menungu agar membahagiakan hati, menunggu agar impian ini terkabur, ...........kalau " TPLA" tahu, bahawa diri ini kuat kerana sentiasa berlegar di mata diri......bersemangat kerana tahu halatuju untuk teruskan kerja, bersemangat kerana sama sama untuk mencapai kesempurnaan hidup.....tetapi semua ini harus di hilangkan dengan satu tekad,,, tekad untuk tidak mengulanginya, tekad untuk tidak mengharp lagi, tekad untuk tidak alirkan air mata pada lurah yang telah terbentuk sedia ada, tekad tidak lagi meletakkan ia sebagai " hope' pada diri, tekad untuk menyatakan " bukan milikku"......Pada Ilahi....ini mungkin tulisan blog yang terakhir....tulisan blog yang akan kekal di surface buat selama lamanya.......Ilahi aku lemah dan tidak berdaya, hanya pada Engkau aku kembali.....kembali agar kembalikan sinar cahaya pengharapan yang baru....Ilahi maafkan aku....maafka aku....Ilahi, aku ni hambaMu jua...."

monolog yusri dalam novel " hope"

Wednesday, December 30, 2009

JIka Anda dan saya....


jika anda dan saya....
pernah menjadi seorang cintakan islam, maka serlahkanlah dengan tindakan dan perbuatan.
jika anda dan saya....
pernah tergelincir dalam arus kehidupan dengan mengabaikan dakwah, maka muhasabahlah kembali, kerana Tuhan suka hambanyaNya bangun kembali setelah jatuh .
Jika anda dan saya.....
Pernah meratap kesedihan, lemahnya jiwa...jangan di kesali kerana dunia ini amat hina untuk di tangisi...
jika andan saya...
pernah merasakan diri ini masih tidak berguna...jangan di kesali selagi mana ada kebaikan yang masih kita lakukan dan kita masih dapat menunaikan solat...
jika anda dan saya...
pernah merasakan amat jauh dengan Ilahi, maka yakinlah, jika kita merangkak ingin berjumpa tuhan, tuhan akan dekati kita dengan " berjalan", jika kita berjalan untuk berjumpa Tuhan, tuhan "berlari " berjumpa dengan kita, dan jika kita berlari kerana ingin berjumpa tuhan, ketahuilah: sesesunguhnya Ilahi lebih dekat dari urat mereh di leher kita...
Jika anda dan saya ..
pernah merasakan bahawa jauh dengan baginda Rasulullah, maka perbanyakkan selawat ke atasnya, kerana Ilahi akan berselawat 10 kali ganda kepada kita..
jika anda dan saya...
pernah buntu untuk melakukan perkara kebaikan, maka bangunlah pada 3/4 malaM, berdoa airmata mohon agar Ilahi memudahkan kita untuk melakukan kebaikan demi bekalan untuk akhirat.
jika anda dan saya...
pernah merasakan kesempitan dalam hidup, maka perteguhkanlah diri dengan keyakinan firman Ilahi " sesungguhnya dalam kesempitan ada kemudahan"

ANDA DAN SAYA ADALAH SAMA, KITA DATANG DARI UNSUR YANG SAMA, MEMPUNYAI PANCAINDERA YANG SAMA,HIDUP DI DUNIA YANG SAMA,MAKAN MELALUI MULUT, MINUM MELALUI MULUT, BERNAFAS MEALULI HIDUNG, MELIHAT MELALUI MATA, MENDENGAR MELALUI TELINGA, BERJALAN MELALUI KAKI, MEMEGANG MELALUI TANGAN, ADA HATI UNTUK DIKASIHI, DICINTAI,DAN TERBITNYA KEMAHUAN, ...CUMA YANG MEMBEZAKAN KITA ADLAHA KETAQWAAN KEPADA ILAHI, KERASAAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DAN MERASAKAN DIRI INI BERtUHAN....

Thursday, December 24, 2009

aku berani kerana tahu esok bukan milikku...



salamualaik....sengaja aku meletakkan tajuk isi tentang soal berani.....dunia ini tidak ubah seperti tempat mengembara....kita hadir untuk semnetra dan kan berlalu selepas itu..... ketika apa sahaja terlintas di hadapan kita mahupun di hati kita...kita kena nyatakan ...samada menyatakan perkara yang kita rasa itu bukan sikap kita sebelum ni.....untuk apa untuk menyatakan ketelusan diri, untuk menyatakan bahawa pada saat ini aku boleh katakan demikian,,,mungkin esok tiada lagi...
berani keluar dari perkara kecil ke alam yang lebih besar.....ini yang perlu kita lakukan....selagi mana syariat di gengam dan pengaplikaisannya sesuai dengan situasi kita...kita kena lakukan...

berani menyatakan kasih ...bukan bermakna diriku pengecut untuk menyatakan benci..tapi memulaukan hipokrit itu lebih selesa...kerana berdiri pada dunia realiti lebih indah dari terumbang ambil pada prangsangka yang di katakan salah,,tapi hakikatnya kita masih jahil tentang perkara ini...

maasalamh

Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah....Terima kasih Ilahi...



alhamdulullah ... bersyukur pada hadrat Ilahi.... sesungguhnya Ilahi tahu akan kehendak hambaNya...cuma tinggal lagi keyakinan yang tinggi perlu di pupuk dari semasa ke semasa ....
sungguh luar biasa perancangan Ilahi..ketika hati ini gundah untuk mencari rezeki, ketika itulah jalan keluar yang tidak di sangka sangka di berikan....

betullah firman Ilahi..." seseungguhnya dalam kesempitan ada kemudahan"...

jika kita bermimpi surah ini, maka maknanya Ilahi akan memudahkan kita untuk memahami tentang agamanya...ana pernah juga bermimpi membaca surah ini , ayatulqursi dan juga surah al fatihah...surah alin syirah ini bermimpi di mana peristiwanya, ana sedang mengajar pelajar dan ana marah mereka menggunakan ayat ini ketika mengajar dan al fatihah, ana bermimpi ana punya naqib " ust zainol asri mengajar ana".

sebagai mukadimahnya... baru pagi tadi ana berbincang bersama ummi dan abuyah di t.malim ini untuk buat rakan kongsi niaga,,, alhamdulillah perbincangn yang singkat di yang temani dengan keyakinan pada Ilahi, serta teh tarik free yang sedap... ummi bersetuju untuk ana berniaga di bawah restorennya, dengan membuka gerai minuman ice blanded the vanilla, capicino,mocha powder dan insyaAllah akan di pasangkan dengan rojak buah buahan yang segar di gauli dengan perencahnya yang mai dari kota sarang semut, kedah..

semua ini di permudahkan Ilahi...

ana akan terus berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir, dalam perniagaan ini...
untuk adik adik ana yang berada di sekitar t.malim ..mai yea ke gerai ana, kalo nak merasa produk ana....insyaallah awal bulan satu ini ana akan bukak gerai ini....

1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

TERIMA KASIH ILAHI KERANA SEMUA INI...

Monday, December 14, 2009

Ketawa sikit sikit ,Senyum banyak banyak..:-)



salamualaik....heheh, pagi ni hati rasa sungguh bahagia, rasa ceria dan tersenyum ...secara kebetulan juga tengah dengar ceramah dato fadhilah kamsah tentang petua ceria selalu...antaranya isinya " kita kena cari butang hijau kita " maknanya kita kena cari al sebab yang menyebabkan kita ceria, dan kena dapatkan...contohnya, dengar nasyid kita ceria, kita sms kawan / sahabat pagi pagi or terima msg dari kawan , kita ceria or kita jumpa sahabat yang lama tak ketemu pun akan menjadikan kita ceria...dan isi yang kedua, lebarkan hubungan, tambah kawan, tambah sahabat kurangkan musuh dan isi yang ketiga.... terima diri kita tanpa syarat...keceriaan itu terbit apabila kita meredhoi kehidupan kita sebegini, terima seadanya diri kita....dan keceriaan hakiki adalah datang dari rahmat Ilahi dan untuk memastikan keceriaan menjadi milik kita everyday..jangan tinggal solat, patuh perintah Allah dan dirikan ibadah dengan smpurna dan berdoalah khusus untuk ceria.....okey....semoga diri sentiasa ceria yea...maasalamah

Friday, December 11, 2009

Jelajah lima 09 di langkawi....hehehe

Assalamualaikum.... bru baru ni abiskan sikit percutian di langkawi....
tengok LIMA 09....

so kat sini ada sikit pic......




Wednesday, December 2, 2009

Musim Buah....uwah uwah

salamualaikum ... hari ni nak story sedikit...
alhamdulillah kebun aku sekarang musim buah,,,durian , rambutan, manggis, dan langsat...
so kat sini saje je nak kongsi pic pada semua...okey..moga tersenyum yea.opsss lupe lak...
musim buah kena pada waktu musim banjir....