Friday, October 30, 2009

Hakikatnya....


Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirika
n ALLAH dengan sesuatu."

Wednesday, October 28, 2009

Tersenyum hari ni...29/oct





alhamdulillah.... tersenyum aku hari ni...
nak tahu.... tak pe la... ini soal kegembiraan dalam diri( hati).....tenang rase hari ni...

alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar

Tuesday, October 27, 2009

Lahir dengan tulisan Al Quran di tubuh....



subhanallah.....

sepatutnya kat m'sia pun kena begini


BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - AFP

Alhamdulillah....maintain 3 point



alhamdulillah... hari ini nak story sedikit.... fuh, akhirnya berjaya juga tamatkan zaman mahasiswa... result pun ok la...kekal 3 pointer....bulan mac tahun depan baru konvo....bagi saya konvo tu tak penting sangat ,yang penting tak sabar rasenye nak jadi seorang muallim ( background muzik pun lagu yang meransang motivate diri)..... dah tiba masanya untuk buat target dalam kehidupan ni.... banyak jugak kena fikir.... nak pergi Haji, nak sambung blaja or balaja ( mendalamai)ilmu agama, nak cebur bidang perniagaan, nak lebarkan hubungan dengan masyarakat.... fuh....banyak jugak ni...opsss, tertinggal plak... walimah....ini pun kena beri perhatian serius sikit.... insyaAllah mudah mudahan Ilahi perkenankan....

tapi yang paling utama....ISLAM...

Monday, October 26, 2009

...kerana engkau sanggup ku tunggu...


# sekadar gambar hiasan
Abu Hurairah pernah bersabda:
Sesungguhnya bimbinglah perempuan-perempuan di kalangan kamu dengan sebaik-baiknya,kerana ia dibuat dari tulang rusuk mu yang paling atas yakni yang paling bengkok,lalu Allah jadikan dengan kehendaknya...
Bimbinglah dia dengan penuh kebijaksanaan,kerana jika engkau meluruskannya (membimbingnya) dengan kasar,maka akan patahlah tulang rusuk itu(perempuan), dan jika kau mengajarnya dengan terlalu lembut,maka akan tetap bengkoklah dirinya..
.

Renung-renungkanlah wahai kaum Adam sekalian termasuklah diriku....

CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Sekadar berkongsi untuk lebih relaks....kerana inilah sunnahtullah...walauapa cara sekalipun, berwalimah melalui syariat lebih indah.... putikkan dalam jiwa rasa sayang dan saling cinta mencintai kerana inilah sunnah yang harus kita laksanakan setelah selesai syariat kita lalui.....

Wednesday, October 21, 2009

Merenung tajam segagah Umar....



hari ni saje nak story sikit.....tajuk di atas tu takde kena mengena ...

hmmm....tinggalkan 2 perkara " kebaikan yang pernah kita lakukan pada orang lain dan kejahatan yang orang lain buat pada kita"

bila sy meneliti maksud ayat di atas,ia sama maksudnya dengan kata kata yang saya petik dari sebuah iklan " jalan mesti ke hadapan, jangan berpaling ke belakang"

sama juga dengan kata kata yang saya petik dalam buku la tahzan " kenangan dulu ibarat daun kering, walaupun kerap di siram dengan air tetapi ia tetap tidak subur kembali"

Dan mungkin kata kata ini ada kaitannya sebagai penghias jiwa agar tenang:

Jadikan hidupmu seperti yang kau inginkan
dan ciptakan gaya hidup yang
membawa kebahagiaanuntukmu.
Carilah erti hidupmu yang sebenarnya
dengan mendedikasikan hidupmu untuk cita-citamu,
dan menikmati kehidupanmu yang luar biasa
melalui waktu dengan menjadikan setiap harinya istimewa.

Tak semua insan mengetahui hakikat kehidupan tetapi insan yang mengenal erti kehidupan akan meletakkan kehidupan ini di tangan dan pasti, akhirat di letakkan di hatinya.

Friday, October 16, 2009

Kematian



Hari ini tiada story yang ini aku kongsikan.....

cuma tringat akan hadis or kata - kata ini....

" Bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari"

Kenangan dulu ibarat daun kering, siramilah berapa banyak air sekalipun ia tetap tidak akan subur"

bukan mati yang membimbangi diriku tetapi kehidupan selepas mati itu yang menggusarkan hati ku...

walaubagaimana sekalipun ku tetap berdoa agar hajatku di makbulkan........amin

Saturday, October 3, 2009

Ilahi...Engkau Maha Kuasa



"Rinduku bercampur takut ketika engkau menunjukkan keudratMu"

BUKIT MERTAJAM - Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.
"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.
"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.
Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.

Thursday, October 1, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat



“ For you to create an Islamic State you must create an Islamic Society first”

“Bermula dengan individu Muslim, Keluarga Muslim, Masyarakat Muslim, Negara Islam sehinggalah kepada Khilafah”

Perkara ini perlu dilaksanakan atau direalistik kan menjadi satu kenyataan yang bukan lagi satu ilusi dari gambaran idelisme ( teori) semata mata.
Bebaskan minda dari cengkaman pandangan( view ) tradisi yang menyatakan perjalanan kehidupan yang normal di anggap kehidupan yang mengongkong diri sendiri.
Bermula dari individu muslim: kefahaman yang jelas tanpa disekat dengan aliran kehidupan yang bercanggah dengan syariat harus dimiliki iaitu kepercayaan( keimanan) yang tinggi kepada Sang Pemberi rezeki untuk mencapai Taqwa ( pelaksanaan agama islam secara syumul).



segalanya di dalam " Indahnya Hidur Bersyariat"