Thursday, December 31, 2009

salamualaik....tekad....



"jiwa ni selalu lemah kerana sukar untuk menerima realiti diri sendiri...di ampuh dengan kekuatan khayalan yang tiada sendi kuat bertunjangkan matlamat yang jelas...selalu kata kata " hope" menjadi pendorong untuk hidup,menjadi nadi untuk merasa semangat sepanjang masa, menjadi lebih ceria ......tetapi hakiaktnya tiada, memang tiada.......selamanya menunggu pasti tiada juga jawapan yang di terima..... perlbagai alasan di bina untuk mengelak, mengelak dari meneruskan, mengelak dari terus terjebak, mengelak agak tidak lebi intim.......setiap hari2 air akan mengalir tanpa henti kerana menunggu keajaiban Ilahi, menunggu sesuatu yang luar batasan fikiran manusia, menungu agar membahagiakan hati, menunggu agar impian ini terkabur, ...........kalau " TPLA" tahu, bahawa diri ini kuat kerana sentiasa berlegar di mata diri......bersemangat kerana tahu halatuju untuk teruskan kerja, bersemangat kerana sama sama untuk mencapai kesempurnaan hidup.....tetapi semua ini harus di hilangkan dengan satu tekad,,, tekad untuk tidak mengulanginya, tekad untuk tidak mengharp lagi, tekad untuk tidak alirkan air mata pada lurah yang telah terbentuk sedia ada, tekad tidak lagi meletakkan ia sebagai " hope' pada diri, tekad untuk menyatakan " bukan milikku"......Pada Ilahi....ini mungkin tulisan blog yang terakhir....tulisan blog yang akan kekal di surface buat selama lamanya.......Ilahi aku lemah dan tidak berdaya, hanya pada Engkau aku kembali.....kembali agar kembalikan sinar cahaya pengharapan yang baru....Ilahi maafkan aku....maafka aku....Ilahi, aku ni hambaMu jua...."

monolog yusri dalam novel " hope"

Wednesday, December 30, 2009

JIka Anda dan saya....


jika anda dan saya....
pernah menjadi seorang cintakan islam, maka serlahkanlah dengan tindakan dan perbuatan.
jika anda dan saya....
pernah tergelincir dalam arus kehidupan dengan mengabaikan dakwah, maka muhasabahlah kembali, kerana Tuhan suka hambanyaNya bangun kembali setelah jatuh .
Jika anda dan saya.....
Pernah meratap kesedihan, lemahnya jiwa...jangan di kesali kerana dunia ini amat hina untuk di tangisi...
jika andan saya...
pernah merasakan diri ini masih tidak berguna...jangan di kesali selagi mana ada kebaikan yang masih kita lakukan dan kita masih dapat menunaikan solat...
jika anda dan saya...
pernah merasakan amat jauh dengan Ilahi, maka yakinlah, jika kita merangkak ingin berjumpa tuhan, tuhan akan dekati kita dengan " berjalan", jika kita berjalan untuk berjumpa Tuhan, tuhan "berlari " berjumpa dengan kita, dan jika kita berlari kerana ingin berjumpa tuhan, ketahuilah: sesesunguhnya Ilahi lebih dekat dari urat mereh di leher kita...
Jika anda dan saya ..
pernah merasakan bahawa jauh dengan baginda Rasulullah, maka perbanyakkan selawat ke atasnya, kerana Ilahi akan berselawat 10 kali ganda kepada kita..
jika anda dan saya...
pernah buntu untuk melakukan perkara kebaikan, maka bangunlah pada 3/4 malaM, berdoa airmata mohon agar Ilahi memudahkan kita untuk melakukan kebaikan demi bekalan untuk akhirat.
jika anda dan saya...
pernah merasakan kesempitan dalam hidup, maka perteguhkanlah diri dengan keyakinan firman Ilahi " sesungguhnya dalam kesempitan ada kemudahan"

ANDA DAN SAYA ADALAH SAMA, KITA DATANG DARI UNSUR YANG SAMA, MEMPUNYAI PANCAINDERA YANG SAMA,HIDUP DI DUNIA YANG SAMA,MAKAN MELALUI MULUT, MINUM MELALUI MULUT, BERNAFAS MEALULI HIDUNG, MELIHAT MELALUI MATA, MENDENGAR MELALUI TELINGA, BERJALAN MELALUI KAKI, MEMEGANG MELALUI TANGAN, ADA HATI UNTUK DIKASIHI, DICINTAI,DAN TERBITNYA KEMAHUAN, ...CUMA YANG MEMBEZAKAN KITA ADLAHA KETAQWAAN KEPADA ILAHI, KERASAAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DAN MERASAKAN DIRI INI BERtUHAN....

Thursday, December 24, 2009

aku berani kerana tahu esok bukan milikku...



salamualaik....sengaja aku meletakkan tajuk isi tentang soal berani.....dunia ini tidak ubah seperti tempat mengembara....kita hadir untuk semnetra dan kan berlalu selepas itu..... ketika apa sahaja terlintas di hadapan kita mahupun di hati kita...kita kena nyatakan ...samada menyatakan perkara yang kita rasa itu bukan sikap kita sebelum ni.....untuk apa untuk menyatakan ketelusan diri, untuk menyatakan bahawa pada saat ini aku boleh katakan demikian,,,mungkin esok tiada lagi...
berani keluar dari perkara kecil ke alam yang lebih besar.....ini yang perlu kita lakukan....selagi mana syariat di gengam dan pengaplikaisannya sesuai dengan situasi kita...kita kena lakukan...

berani menyatakan kasih ...bukan bermakna diriku pengecut untuk menyatakan benci..tapi memulaukan hipokrit itu lebih selesa...kerana berdiri pada dunia realiti lebih indah dari terumbang ambil pada prangsangka yang di katakan salah,,tapi hakikatnya kita masih jahil tentang perkara ini...

maasalamh

Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah....Terima kasih Ilahi...



alhamdulullah ... bersyukur pada hadrat Ilahi.... sesungguhnya Ilahi tahu akan kehendak hambaNya...cuma tinggal lagi keyakinan yang tinggi perlu di pupuk dari semasa ke semasa ....
sungguh luar biasa perancangan Ilahi..ketika hati ini gundah untuk mencari rezeki, ketika itulah jalan keluar yang tidak di sangka sangka di berikan....

betullah firman Ilahi..." seseungguhnya dalam kesempitan ada kemudahan"...

jika kita bermimpi surah ini, maka maknanya Ilahi akan memudahkan kita untuk memahami tentang agamanya...ana pernah juga bermimpi membaca surah ini , ayatulqursi dan juga surah al fatihah...surah alin syirah ini bermimpi di mana peristiwanya, ana sedang mengajar pelajar dan ana marah mereka menggunakan ayat ini ketika mengajar dan al fatihah, ana bermimpi ana punya naqib " ust zainol asri mengajar ana".

sebagai mukadimahnya... baru pagi tadi ana berbincang bersama ummi dan abuyah di t.malim ini untuk buat rakan kongsi niaga,,, alhamdulillah perbincangn yang singkat di yang temani dengan keyakinan pada Ilahi, serta teh tarik free yang sedap... ummi bersetuju untuk ana berniaga di bawah restorennya, dengan membuka gerai minuman ice blanded the vanilla, capicino,mocha powder dan insyaAllah akan di pasangkan dengan rojak buah buahan yang segar di gauli dengan perencahnya yang mai dari kota sarang semut, kedah..

semua ini di permudahkan Ilahi...

ana akan terus berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir, dalam perniagaan ini...
untuk adik adik ana yang berada di sekitar t.malim ..mai yea ke gerai ana, kalo nak merasa produk ana....insyaallah awal bulan satu ini ana akan bukak gerai ini....

1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

TERIMA KASIH ILAHI KERANA SEMUA INI...

Monday, December 14, 2009

Ketawa sikit sikit ,Senyum banyak banyak..:-)



salamualaik....heheh, pagi ni hati rasa sungguh bahagia, rasa ceria dan tersenyum ...secara kebetulan juga tengah dengar ceramah dato fadhilah kamsah tentang petua ceria selalu...antaranya isinya " kita kena cari butang hijau kita " maknanya kita kena cari al sebab yang menyebabkan kita ceria, dan kena dapatkan...contohnya, dengar nasyid kita ceria, kita sms kawan / sahabat pagi pagi or terima msg dari kawan , kita ceria or kita jumpa sahabat yang lama tak ketemu pun akan menjadikan kita ceria...dan isi yang kedua, lebarkan hubungan, tambah kawan, tambah sahabat kurangkan musuh dan isi yang ketiga.... terima diri kita tanpa syarat...keceriaan itu terbit apabila kita meredhoi kehidupan kita sebegini, terima seadanya diri kita....dan keceriaan hakiki adalah datang dari rahmat Ilahi dan untuk memastikan keceriaan menjadi milik kita everyday..jangan tinggal solat, patuh perintah Allah dan dirikan ibadah dengan smpurna dan berdoalah khusus untuk ceria.....okey....semoga diri sentiasa ceria yea...maasalamah

Friday, December 11, 2009

Jelajah lima 09 di langkawi....hehehe

Assalamualaikum.... bru baru ni abiskan sikit percutian di langkawi....
tengok LIMA 09....

so kat sini ada sikit pic......




Wednesday, December 2, 2009

Musim Buah....uwah uwah

salamualaikum ... hari ni nak story sedikit...
alhamdulillah kebun aku sekarang musim buah,,,durian , rambutan, manggis, dan langsat...
so kat sini saje je nak kongsi pic pada semua...okey..moga tersenyum yea.opsss lupe lak...
musim buah kena pada waktu musim banjir....








Sunday, November 1, 2009

semoga menjadi muallimah yang di teladani....



salamualaik...mudah mudahan kasih sayang Ilahi sentiasa bersama kalian semua... walaupun jauh di perantauan ( sabah), insyaAllah sekalung doa sentiasa di utuskan agar kalian semua selamat disana...

tiada ungkapan yang lebih bermakna... cuma bila berada disana, jangan tukar dialek pulak yea.... kalo dah kecek kalate tu jangan kacek sabah ba yea...hahahahah

ok ukhuwwah fillah abada abadan


salam perjuangan untuk semua

Friday, October 30, 2009

Hakikatnya....


Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirika
n ALLAH dengan sesuatu."

Wednesday, October 28, 2009

Tersenyum hari ni...29/oct





alhamdulillah.... tersenyum aku hari ni...
nak tahu.... tak pe la... ini soal kegembiraan dalam diri( hati).....tenang rase hari ni...

alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar

Tuesday, October 27, 2009

Lahir dengan tulisan Al Quran di tubuh....



subhanallah.....

sepatutnya kat m'sia pun kena begini


BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - AFP

Alhamdulillah....maintain 3 point



alhamdulillah... hari ini nak story sedikit.... fuh, akhirnya berjaya juga tamatkan zaman mahasiswa... result pun ok la...kekal 3 pointer....bulan mac tahun depan baru konvo....bagi saya konvo tu tak penting sangat ,yang penting tak sabar rasenye nak jadi seorang muallim ( background muzik pun lagu yang meransang motivate diri)..... dah tiba masanya untuk buat target dalam kehidupan ni.... banyak jugak kena fikir.... nak pergi Haji, nak sambung blaja or balaja ( mendalamai)ilmu agama, nak cebur bidang perniagaan, nak lebarkan hubungan dengan masyarakat.... fuh....banyak jugak ni...opsss, tertinggal plak... walimah....ini pun kena beri perhatian serius sikit.... insyaAllah mudah mudahan Ilahi perkenankan....

tapi yang paling utama....ISLAM...

Monday, October 26, 2009

...kerana engkau sanggup ku tunggu...


# sekadar gambar hiasan
Abu Hurairah pernah bersabda:
Sesungguhnya bimbinglah perempuan-perempuan di kalangan kamu dengan sebaik-baiknya,kerana ia dibuat dari tulang rusuk mu yang paling atas yakni yang paling bengkok,lalu Allah jadikan dengan kehendaknya...
Bimbinglah dia dengan penuh kebijaksanaan,kerana jika engkau meluruskannya (membimbingnya) dengan kasar,maka akan patahlah tulang rusuk itu(perempuan), dan jika kau mengajarnya dengan terlalu lembut,maka akan tetap bengkoklah dirinya..
.

Renung-renungkanlah wahai kaum Adam sekalian termasuklah diriku....

CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Sekadar berkongsi untuk lebih relaks....kerana inilah sunnahtullah...walauapa cara sekalipun, berwalimah melalui syariat lebih indah.... putikkan dalam jiwa rasa sayang dan saling cinta mencintai kerana inilah sunnah yang harus kita laksanakan setelah selesai syariat kita lalui.....

Wednesday, October 21, 2009

Merenung tajam segagah Umar....



hari ni saje nak story sikit.....tajuk di atas tu takde kena mengena ...

hmmm....tinggalkan 2 perkara " kebaikan yang pernah kita lakukan pada orang lain dan kejahatan yang orang lain buat pada kita"

bila sy meneliti maksud ayat di atas,ia sama maksudnya dengan kata kata yang saya petik dari sebuah iklan " jalan mesti ke hadapan, jangan berpaling ke belakang"

sama juga dengan kata kata yang saya petik dalam buku la tahzan " kenangan dulu ibarat daun kering, walaupun kerap di siram dengan air tetapi ia tetap tidak subur kembali"

Dan mungkin kata kata ini ada kaitannya sebagai penghias jiwa agar tenang:

Jadikan hidupmu seperti yang kau inginkan
dan ciptakan gaya hidup yang
membawa kebahagiaanuntukmu.
Carilah erti hidupmu yang sebenarnya
dengan mendedikasikan hidupmu untuk cita-citamu,
dan menikmati kehidupanmu yang luar biasa
melalui waktu dengan menjadikan setiap harinya istimewa.

Tak semua insan mengetahui hakikat kehidupan tetapi insan yang mengenal erti kehidupan akan meletakkan kehidupan ini di tangan dan pasti, akhirat di letakkan di hatinya.

Friday, October 16, 2009

Kematian



Hari ini tiada story yang ini aku kongsikan.....

cuma tringat akan hadis or kata - kata ini....

" Bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari"

Kenangan dulu ibarat daun kering, siramilah berapa banyak air sekalipun ia tetap tidak akan subur"

bukan mati yang membimbangi diriku tetapi kehidupan selepas mati itu yang menggusarkan hati ku...

walaubagaimana sekalipun ku tetap berdoa agar hajatku di makbulkan........amin

Saturday, October 3, 2009

Ilahi...Engkau Maha Kuasa



"Rinduku bercampur takut ketika engkau menunjukkan keudratMu"

BUKIT MERTAJAM - Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.
"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.
"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.
Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.

Thursday, October 1, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat



“ For you to create an Islamic State you must create an Islamic Society first”

“Bermula dengan individu Muslim, Keluarga Muslim, Masyarakat Muslim, Negara Islam sehinggalah kepada Khilafah”

Perkara ini perlu dilaksanakan atau direalistik kan menjadi satu kenyataan yang bukan lagi satu ilusi dari gambaran idelisme ( teori) semata mata.
Bebaskan minda dari cengkaman pandangan( view ) tradisi yang menyatakan perjalanan kehidupan yang normal di anggap kehidupan yang mengongkong diri sendiri.
Bermula dari individu muslim: kefahaman yang jelas tanpa disekat dengan aliran kehidupan yang bercanggah dengan syariat harus dimiliki iaitu kepercayaan( keimanan) yang tinggi kepada Sang Pemberi rezeki untuk mencapai Taqwa ( pelaksanaan agama islam secara syumul).



segalanya di dalam " Indahnya Hidur Bersyariat"

Wednesday, September 30, 2009

Ayatul Kursi


Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)
Keutamaannya
Rasulullah SAW., menginformasikan kepada kita bahwa ayat kursi merupakan ayat yang paling agung di dalam al-Qur’an karena memuat makna-makna tauhid, pengagungan serta keluasan sifat-sifat Allah Ta’ala. (Taysir:91)
Dalil-Dalil Tentang Keutamaannya
1. Hadits dari Ubay bin Ka’b bahwasanya Nabi SAW., berkata kepadanya, “Ayat apa yang paling agung di dalam Kitabullah?.” Dia berkata, “Aku menjawab, Allah dan Rasul-Nya-lah Yang Maha Mengetahui.” Hingga beliau mengulangi pertanyaannya sampai tiga kali, kemudian aku berkata, “Allâhu Lâ ilâha illa huwal Hayyul Qayyûm.” Dia berkata, “Lalu beliau menepuk dadanya sembari berkata, “Semoga ilmumu menjadi ringan, wahai Abul Mundzir!.” (HR.Muslim)
2. Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, “Rasulullah SAW., mengangkatku sebagai wakil untuk menjaga (mengutip) zakat Ramadlan, lalu seseorang datang kepadaku seraya membuang makanan yang ada di tangannya, lantas aku memungutnya sembari berkata, ‘Akan aku laporkan hal ini kepada Rasulullah SAW. Lalu Abu Hurairah menceritakan tentang hadits tersebut, diantara isinya adalah, ‘Beliau bersabda, ‘Bila engkau akan beranjak ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi karena sesungguhnya ia (dapat menjadikanmu) senantiasa mendapatkan penjagaan dari Allah dan syaithan tidak akan mendekatimu hingga pagi hari.’ Lalu Nabi SAW., bersabda kepadanya, “Dia telah berkata jujur padamu padahal seorang pembohong, itulah syaithan.” (HR.al-Bukhari)
Demikian sebagian hadits yang shahih terkait dengan keutamaannya. Sebenarnya banyak sekali dalil-dalil yang terkait dengan keutamaan ayat yang agung ini bahkan beragam karya tulis dikarang mengenai keutamaan dan penafsirannya.
Temanya
Yaitu, mengagungkan Allah, menyinggung perihal bertauhid kepada-Nya dan Qudrat-Nya.
Kapan Dibaca
Dianjurkan membaca ayat Kursi seusai setiap shalat fardlu, ketika akan tidur dan dibaca di dalam rumah untuk mengusir syaithan (sebagaiman telah disinggung di atas).
Ayat agung yang memuat makna-makna paling agung yang mengisi hati dengan rasa takut kepada Allah, terhadap kemuliaan dan kesempurnaan-Nya ini memang berhak untuk menjadi ayat al-Qur’an yang paling agung dan berhak pula mengisi hati pembacanya dengan keyakinan dan keimanan serta mendapatkan pemeliharaan Allah dari syaithan manakala diiringi dengan tadabbur dan pemahaman terhadap maknanya.
Kandungan Ayat Semua ayat ini mengandung faedah, bahkan tiap katanya mengandung banyak sekali faedah. Diantara yang paling penting dan besar adalah:
a. Bahwa ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung di dalam Kitabullah secara umum karena ia memuat banyak sekali asma-asma Allah dan sifat-sifat-Nya.
b. Kesempurnaan Qayyûm-Nya, Qudrat-Nya, keluasan kekuasaan dan keagungan-Nya sehingga hal ini mengajak kita untuk mentadabburi dan merenungkannya.
c. Bahwa tidak terselubung dan luput satupun yang tersembunyi di muka bumi ataupun di langit oleh Allah Ta’ala “Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka.” Hal ini mengandung konsekuensi keharusan seorang Muslim untuk menghayatinya di dalam seluruh kehidupannya.
d. Menetapkan adanya syafa’at dan bahwa ia tidak akan dapa diraih kecuali dengan beberapa persyaratan, diantaranya idzin dan ridla-Nya terhadap hal yang disyafa’ati, “Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya.”
(SUMBER: Silsilah Manâhij Dawrât al-‘Ulûm asy-Syar’iyyah – Fi`ah an-Nâsyi`ah- karya Dr.Ibrahim bin Sulaiman al-Huwaimil, h. 36-40)
DIarsipkan di bawah: Al Qur'an

Tuesday, September 29, 2009

Al -Fath: 29


" Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mumin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. 48:29)

Tuesday, September 15, 2009

HARI RAYA: Satu Kemenangan

kemenangan untuk orang yang beriman, kemenangan setelah menghadapi gelombang ombak Nafsu.... dan berjaya patuh kepada perintah Allah SWT.




Merayakan aidil fitri bukan sama dengan dengan perayaan hari raya lain. Perayaan yang ada kaitan dengan agama dan akidah. Kita diharamkan untuk berpuasa dan disuruh kita bergembira dan menzahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan dengan banyak bertakbir dan bertahmid. Seperti firman Allah SWT

“Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur” al-Baqarah 2:185

Disunatkan kita berpakaian baru sebagai rasa gembira. Kerana perayaan Adil fitri ialah perayaan kegembiraan dan rasa kesyurkuran kita kepada Allah SWT yang telah berjaya memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dengan meninggalkan makan minum dan meninggalkan segala perkara yang dilarang sepanjang bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari kemenangan untuk orang yang beriman kerana berjaya patuh kepada perintah Allah SWT.

Kemenangan yang paling bernilai nanti ialah kemenangan apabila bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan hati yang bersih dan suci, yakni jauh dari segal kesyirikan kepada Allah SWT. pada hari akhirat nanti.

Kita telah ditarbiah dalam Madrasah Ramadhan yang meminta kita menjadi orang yang tunduk dan bertaqwa kepada Allah SWT dalam semua hal. Kita mengharapkan apabila kita keluar daripada madrasah ini akan dapat menjadi insan Rabbani yang kembali pada fitrah yang bersih dan berazam jangan mengotorkan kembali setelah keluar daripada madrasah Ramadhan.

Takbir dan tahmid yang kita lafazkan menandaka rasa syukur terhadap nikmat Allah kepada kita yang menganugerahkan nikmat iman dan Islam kepada kita yang tidak ada tukar ganti dengan yang lain.

Dalam kegembiraan kita menyambut aidilfitri kita jangan lupa saudara kita yang kurang bernasib baik samada di sebelah rumah kita, markaz kita. Mereka yang Allah taqdirkan untuk wujud atas muka bumi ini untuk menguji hambanya yang ditimpa susah dan juga menguji sejauhamana prihatin hambanya yang senang kepada mereka yang kurang berada. Sudah tentulah mereka ini orang yang perlu diberi perhatian lebih, kebetulan pula suasana negara yang dilanda kenaikan inflasi 8.5% sejak bulan ogos 2008. Ia merupakan sejarah mala petaka ekonomi yang paling teruk dalam negara kita. Apabila keadaan ini melanda negara, golongan inilah yang paling teruk. Apa tidaknya, nilai wang yang mereka perolehi semakin kecil untuk membeli barang yang sama. Bagi mereka yang Allah beri nikmat rezki yang lebih jangan lupa kepada golongan ini. Ada di kalangan saudara yang dapat bonos sebulan gaji, minimum seribu ringgit, dan ada yang dapat bonos 5 bulan gaji bagi sector koperat. Jangan lupa pandanglah sama kepada golongan ini. Mereka pun hendak gembira seperti mana kita juga. Sesungguhnya doa mereka adalah sebahagian daripada yang membolehkan dunia ini kukuh dan maju.

Takbir hari raya ialah takbir kemenangan kerana berjaya melalui dugaan Allah sepanjang dalam bulan Ramadhan. Bagi kita sebagai anggota jamaah Pas mestilah meletakkan bahawa kemenangan ada dua, satu kemenangan dunia dan satu lagi ialah kemenangan akhirat. Kemenangan dunia ialah kemenangan untuk mengajak manusia untuk tunduk kepada sistem peraturan Allah SWT dan mengajak manusia untuk kembali kepada fitrah asal manusia yang suci iaitu yang mengikut kepada arahan Allah SWT.

Lafaz takbir yang kita ucap ialah adalah lambang kebesaran Islam dan kebesaran Allah. Kita kena berbangga dengan Islam yang menjadi agama kita dan menjadi akidah perjuangan kita . Kita tidak mahu kita merasa rendah diri dengan Islam yang menjadi anutan kita. Sunnah nabi Muhammad SAW berjaya merubah bumi Makkah yang kering kontang yang tidak ada tamaddun dan hanya padang pasir sahaja perlu menjadi suri teladan kepada kita. Inilah doa yang kita baca “Ya Allah peliharalah kami dengan Islam ketika berdiri, peliharalah kami dengan Islam ketika kami duduk, perliharalah kami dengan Islam ketika berbaring”. Sebab itu kita berbangga dengan Islam yang diperjuangkan. Lafaz takbir kita bukan seperti laugan pada perkara yang lain. Ia adalah syiar kita malahan fasal 4 Perlembagaan Pas menyebut “Seruan Pas ialah Allahuakbar”.

Kita mengharapkan apa yang kita lafazkan akan menjadi satu bentuk tindakan dan amalan dalam kehidupan kita. Kita tidak mahu lafaz takbir yang kita ucapkan , hakikatnya semakin teruk Islam dibelasah di sana sini manakala umat Islam pula semakin terkebelakang daripada orang lain. Kita mesti juga bermuhasabah kenapa lafaz yang kita ucapkan tidak menjadi kegerunan kepada musuh-musuh Islam di negara ini. Makin kuat kita takbir orang Islam makin tinggi bilangan penagih dadahnya, makin kuat kita takbir tanah orang Islam semakin terhakis dan hilang, makin kuat kita bertakbir semakin hilang kuasa politik orang Islam, makin kuat kita takbir, kita kehilangan Pulau Batu Putih, manakala yang Malaysia dapat ialah pulau tenggelam timbul. Inilah kehinaan yang melanda umat Islam di negara ini.

Kenapa jadi begini? Tidak lain dan tidak bukan kerana kita bertakbir tetapi kita tidak melaksanakan apa yang kita ucapkan dalam tuntutan takbir.

Difailkan dalam: Keluarga&Masyarakat
Ust Idris Ahmad

Wednesday, September 9, 2009

Destinasi cinta : 10 Akhir ramadhan

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Monday, September 7, 2009

Air mata keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi

Wednesday, September 2, 2009

… terus menunggu : bila agaknya kunci diserahkan?




Menunggu bukan bermakna menyusahkan orang lain tetapi itu bukti kesetiaan
Menunggu bukan bermakna menyusahkan diri sendiri tetapi ia merupakan sinar harapan bagi hati
Menunggu bukan bermakna yang di tunggu hak milik yang pasti tetapi usaha yang dia adalah satu satunya istimewa
Menunggu bukan bermakna mensiakan waktu tetapi menanti hari pada pertemuan yang kekal abadi
Menunggu bukan bermakna kita harus buat keputusan drastic tetapi merancang yang sukar kepada mudah, yang berliku kepada lurus, yang ampuh kepada yang cekal, yang samar kepada terang nyata dan yang negative kepada positif
Menunggu satu kalimah pada pandangan zahirnya sukar tetapi yang sukar itulah akan timbul kemanisan di hujungnya.” Sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kemudahan” Firman Ilahi
Menunggu dan terus menunggu kerana menunggu itu pasti akan berakhir takkala kunci itu diserahkan dan boleh memilikinya bersama untuk tempuhi kehidupan pahit, getir, tenang, kecewa sedih sakit dan manis.

“ jika ingin membuat satu keputusan, ikutlah kata hati kecilmu, jika masih kabur, pejamkanlah matamu dan lihat wajah ibu dan ayah mu, dan ingatlah “ Ilahi sebaik baik penolong”, pasti keputusan mu tidak akan mengecewakan hidupmu”



Monday, August 31, 2009

Aku dan Dia….



Sekian lama aku tidak menulis secara bersungguh dan kosisten dalam blog aku ini…
Sekian lama jua tidak mecernakan idea yang dipaparkan dalam bentuk tulisan..
Sekian lama jua aku tidak melatih diri ini menulis dan melontarkan pandangan...
Namun pada hari ini jari jemari ini tergerak untuk menulis kembali .....
Aku Menulis bukan untuk memberitahu
Aku Menulis bukan untuk tatapan umum
Aku menulis bukan untuk menyatakan hasrat
Aku menulis bukan untuk mengungkap kesemua kehidupan yang ku lalui
Tetapi...
Aku menulis kerana ingin meyebarkan ketenangan,
Aku menulis kerana ingin melebarkan hubungan
Aku menulis kerana untuk kedamaian
Aku menulis kerana ingin membuka pintu harapan
Aku menulis kerana ingin menyatakan tingkah laku dalam lenggok bahasa yang ku tulis

Kenapa aku dan Dia sebagai mukadimah ini...
Ketika lidah ini bersenandung menyebut nama Dia,memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebut Dia, dimana hari ini akan menjadi damai, jiwa akan rasa tenang,perasaan menjedi tenteram, saraf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Monday, July 27, 2009

RAHSIA TULISAN ANDA...MUNGKIN ANDA DI ANTARANYA


Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Saturday, July 25, 2009

Wo Ai Ni Allah...


bacalah buku ini...ia pasti membongkar rahsia BerTuhan

"Oh Tuhanku, tiada indah satu malam, kecuali bermunajat kepadaMu. Tiada indah suatu siang, kecuali berbuat taat kepadaMu. Tiada indah dunia ini kecuali dengan menyebut namaMu, Tiada indah akhirat, kecuali bersama keampunanMu. dan tiada indah syurga melainkan dengan melihat WajahMu.




Wednesday, July 8, 2009

".....Pembangun Jiwa"



Dipetik dari ‘Cambuk Hati’, Shaykh Dr ‘Aidh Al Qarni
Beberapa Nasihat Yahya Bin Mu’adz
Dalam diri anak Adam terdapat seribu anggota keburukan. Semuanya berada dalam genggaman setan dan bergantung padanya. Untuk itu, apabila seseorang melaparkan perutnya, mengeringkan kerongkongnya dan menjinakkan hawa nafsunya, menjadi keringlah tiap anggotanya kerana terbakar api kelaparan dan setan pun lari dari naungannya. Akan tetapi apabila ia mengenyangkan perutnya dan membiarkan dirinya mengumbar kesenangan syahwatnya, sesungguhnya anggota-anggota tubuhnya menjadi basah dan setan dapat menguasainya.Apabila seseorang diuji dengan banyak makan, para malaikat menangisinya kerana kasihan kepadanya, barang siapa yang diuji dengan senang makan, maka sesungguhnya dia telah menyalakan api syahwatnya.Rasa kenyang bagaikan sungai dalam tubuh manusia yang suka didatangi setan dan rasa lapar bagaikan sungai dalam ruh manusia yang suka didatangi oleh para malaikat. Setan kalah oleh orang yang lapar lagi tidur, maka terlebih lagi kalahnya oleh orang lapar yang bangun. Setan memeluk orang kenyang yang bangun, maka terlebih lagi orang kenyang yang tidur. Kalbu muriid (yang menempuh jalan akhirat) yang benar menjerit (meminta tolong) kepada Allah dari (bahaya) makan dan minum.
Berjihadlah melawan hawa nafsu dengan pedang riyadhah (latihan) dan riyadhah itu ada 4 macam :
(1). sedikit makan, dengan sedikit makan akan matilah nafsu syahwat;
(2). sedikit tidur, dengan sedikit tidur terlahirlah iradah (kehendak) yang jernih; (3). bicara seperlunya, dengan sedikit bicara terlahirlah keselamatan dari bencana; d
(4) sabar menghadapi gangguan yang menyakitkan hati dari semua orang, dengan sabar menanggung gangguan yang menyakitkan, akan terlahirlah kemudahan untuk mencapai tujuan.
Tiada sesuatu pun yang terasa lebih berat bagi seorang hamba, selain sikap penyantun saat sedang emosi dan sabar terhadap gangguan yang menyakitkan. Apabila bergerak dari dalam diri keinginan syahwatnya dan dorongan melakukan dosa-dosa dan bergeloralah darinya keinginan merasakan manisnya kata-kata yang tak berguna, maka terhunuslah pedang sedikit makan dari sarung tahajjud dan sedikit tidur, lalu dipukulkan dengan tangan-tangan yang dingin dan sedikit bicara sehingga terputuslah ia dari kezaliman dan ingin balas dendam. Selanjutnya Anda selamat dari kesudahannya yang membinasakan, hidup dengan tenang di antara manusia lainnya, dan jernih dari kegelapan nafsu syahwatnya, sehingga Anda selamat dari bencana yang diakibatkan oleh kerosakannya Pada saat itu Anda menjadi bersih bagaikan cahaya dan ringan bagaikan ruh, sehingga Anda dapat berkeliling di medan kebaikan dan berjalan-jalan menempuh jalan-jalan ketaatan bagaikan kuda pilihan yang mengelilingi lapangan atau bagaikan malaikat yang sedang berekreasi di taman yang indah.
Musuh manusia ada 3 iaitu :
(1). dunianya, kerananya waspadailah duniawi itu dengan berzuhud terhadapnya,
(2). setannya, kerananya waspadailah setan dengan menentangnya, dan
(3). hawa nafsunya, kerananya waspadailah hawa nafsu itu dengan meninggalkan keinginan-keinginannya.

Berapa banyak orang yang beristighfar (memohon ampun) dimurkai dan orang yang diam disayangi. Selanjutnya Yahya Bin Mu’adz melanjutkan : “Orang ini meminta ampun kepada Allah, tetapi hatinya durhaka. Orang ini diam, tetapi hatinya berdzikir.” Hakikat cinta ialah tidak bertambah kerana mendekat dan tidak berkurang kerana menjauh.
Hai anak Adam, kamu mencari dunia seperti orang yang harus mendapatkannya dan kamu mencari akhirat seperti orang yang tidak memerlukannya, padahal dunia telah dicukupkan kepadamu sekalipun kamu tidak mencarinya. Akan tetapi, akhirat hanya dapat kamu peroleh dengan usahamu. Oleh kerana itu, fikirkanlah keadaanmu.
Padang di dunia ditempuh dengan kaki dan padang di akhirat ditempuh dengan kalbu.
Agamamu masih tetap tercabik-cabik (tambal sulam) selama hati kamu masih bergantung pada cinta duniawi.
Syurga dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai dan kamu membencinya. Neraka dikelilingi oleh hal-hal yang menyenangkan dan kamu mencarinya. Oleh kerana itu tiadalah kamu melainkan seperti pesakit yang sakit keras. Jika ia dapat menahan diri terhadap pahitnya ubat, ia akan beroleh kesembuhan dengan kesabarannya. Jika ia tidak mampu menahan diri terhadap ubat yang diberikan, akan bertambah parahlah penyakit yang menggerogotinya.
Janganlah kamu mengambil teman, kecuali yang mempunyai tiga pekerti:
(1). yang mengingatkan kamu akan akibat buruk dosa-dosa ;
(2). yang mengenalkan kamu akan kotoran hal-hal yang tercela;
(3) yang mengajak kamu kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib.

Beberapa nasihat lain dari Yahya bin Mu’adz:
Dunia adalah pemimpin orang yang mengejarnya dan pelayan orang yang meninggalkannya. Dunia itu mengejar dan dikejar. Barangsiapa yang mengejarnya, ia akan menolak; dan barangsiapa yang menolaknya, ia akan mengejarnya.
Dunia adalah jambatan akhirat. Oleh karena itu, seberangilah ia dan janganlah kamu menjadikannya sebagai tujuan. Tidaklah berakal orang yang membangun gedung-gedung di atas jambatan.
Dunia adalah mempelai dan orang yang memburunya adalah yang meriasnya dan dengan zuhud akan tercabutlah rambutnya, menjadi hitamlah wajahnya dan tercabik-cabiklah pakaiannya. Barangsiapa yang menceraikan dunia, maka akhirat adalah isterinya. Dunia itu telah diceraikan oleh orang-orang yang cerdik tanpa ada batasan bagi iddahnya untuk selama-lamanya. Oleh kerana itu, tinggalkanlah dunia dan janganlah kamu mengingat-ingatnya, tapi ingatlah akhirat dan jangan sampai kamu melupakannya.
Zuhud melahirkan sifat dermawan terhadap apa yang dimiliki dan cinta melahirkan sifat rela mengorbankan jiwa (nyawa).
Ambillah dari dunia sesuatu yang dapat menjadi bekal untuk akhirat kamu dan janganlah kamu mengambil dari dunia sesuatu yang menghalangi akhirat kamu.
Sesungguhnya dunia itu adalah harta Allah dan makhluk itu adalah hamba-hambaNya. Mereka sehubungan dengan harta ini ada dua golongan iaitu orang-orang yang khianat dan orang-orang yang terpercaya. Apabila harta jatuh ke tangan orang-orang yang khianat, harta itu akan menjadi penyebab kehancuran mereka. Sebaliknya apabila jatuh ke tangan orang-orang yang terpercaya, harta itu akan menjadi penyebab kemuliaan dan keselamatan mereka. Tiada makna bagi harta, melainkan yang berperanan dalam meraih kemuliaan bagi mereka di sisi Allah adalah perbuatan mereka terhadap hartanya. Mereka menunaikan amanat Allah yang ada pada harta mereka, sehingga mereka beroleh manfaat dari hartanya, dan tiada dosa bagi harta melainkan yang dosa hanyalah dirimu saja. Dosa-dosa itu dilakukan hanya melalui anggota tubuh, bukan harta, dan sumbernya adalah anggota tubuh, sedang anggota tubuh adalah milik kamu, dengan melaluinya dilakukanlah dosa-dosa. Perbuatanmu terhadap hartamulah yang menggugurkan kamu dari pandangan Tuhanmu, bukan harta kamu, dan perbuatanmu terhadap hartamulah yang akan menemani kamu ke dalam kubur, bukan harta kamu. Perbuatan kamulah yang akan ditimbang pada hari kiamat nanti, bukan harta kamu.
Barangsiapa yang minat dengan dunia, maka sesungguhnya dia tidak makan lebih dari apa yang telah ditaqdirkan oleh Allah untuknya dan akan menyandang tiga pekerti yang tercela:
1. Kamu lihat dia selamanya tidak bersyukur atas pemberian Allah yang dianugerahkan kepadanya.
2. Dia tidak pernah menshadaqahkan barang sedikit pun dari keduniawian yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya.
3. Dia sibuk dan melelahkan dirinya kerana mengejar apa yang tidak direzekikan oleh Allah untuknya hingga tidak punya kesempatan untuk mengerjakan amal agama.
Ada dua macam musibah yang belum pernah terdengar oleh orang-orang dahulu dan orang-orang kemudian. Hal semisal keduanya akan menimpa seseorang saat kematiannya berkenaan dengan harta bendanya. Ketika ditanyakan, “Apakah kedua musibah itu?”, Yahya bin Mu’adz menjawab, “Semua hartanya diambil darinya dan ia akan ditanya (dihisab) tentangnya.”
Hai orang-orang yang berpredikat “muriid”, jika engkau terpaksa mencari dunia, carilah ia, tetapi janganlah engkau mencintainya. Pekerjakanlah tubuhmu untuknya, tetapi gantungkanlah hatimu pada selainnya, kerana sesungguhnya dunia itu adalah negeri transit, bukan negeri tempat menetap. Bekal memang darinya, tetapi tempat menetap berada di yang lain (akhirat).
Termasuk petanda kuatnya keyakinan ialah bila kamu meninggalkan sesuatu yang terlihat (dunia) untuk sesuatu yang tidak terlihat (akhirat).
Barang siapa yang menyukai perhiasan dunia dan akhirat, maka hendaklah ia menekuni ilmu. Barangsiapa yang ingin mengenal zuhud, maka hendaklah ia menekuni hikmah. Barangsiapa yang ingin mengenal akhlaq yang mulia hendaklah ia menekuni berbagai cabang etika. Barangsiapa yang ingin dikuatkan sarana penghidupannya, maka hendaklah ia memperbanyak saudara. Barangsiapa yang ingin tidak disakiti, janganlah (ia) menyakiti orang lain. Barangsiapa yang ingin mendapat kedudukan tinggi di dunia dan akhirat, hendaklah ia bertaqwa. Barangsiapa yang berkhianat kepada Allah dengan sembunyi-sembunyi nescaya Allah akan membuka rahsianya dengan terang-terangan.
Yahya bin Mu’adz berkata, “Aku tidak menganjurkan kamu meninggalkan keduniawian, tetapi aku menganjurkan kamu untuk meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan keduniawian adalah suatu keutamaan dan meninggalkan dosa-dosa adalah suatu keharusan. Kamu lebih perlu menegakkan hal-hal yang difardhukan daripada melakukan kebaikan dan keutamaan beramal.
Dunia adalah khamrnya setan. Barangsiapa yang mabuk kerananya, ia tidak bakal sedar, kecuali bila telah berada di antara golongan orang-orang yang mati dalam keadaan menyesal, lagi dihimpunkan bersama dengan orang-orang yang merugi.
Apabila Alah menyukai seorang hamba, diberi Nyalah ia cubaan. Jika ia sabar, Allah pun akan memilihnya, dan jika ia redha, Allahpun akan mendekatkannya. Sebaliknya jika ia mengeluh (menggerutu), Allah akan membuangnya dan menjauhkannya.
Padang di dunia ditempuh dengan jalan kaki dan padang di akhirat ditempuh dengan hati.
Hai Anak Adam, agamamu masih tetap terkoyak selama (hatimu) masih dibebani oleh cinta keduniawian. Barang siapa tidak redha kepada Allah kerana larangan-Nya pastilah ia tidak akan selamat dari larangan-Nya.
Mereka mengharungi lautan cubaan dengan berenang hingga sampailah mereka ke pantai anugerah. Mereka juga mengharungi lautan anugerah dengan berenang hingga sampailah mereka kepada Tuhan semua makhluk.
Barang siapa yang memusatkan hatinya kepada Allah nescaya akan terbukalah sumber-sumber hikmah dalam hatinya dan mengalir melalui lisannya.
Kesimpulan dari semua urusan terletak pada dua perkara, iaitu tenangnya hati dengan rezeki dari arah ini (dunia) dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki untuk bekal ke arah itu (akhirat)
Tinggalkanlah dunia sebelum engkau ditinggalkan (olehnya) dan mohonlah redha Allah sebelum engkau bersua dengan-Nya. Makmurkanlah rumah yang engkau tempati dengan ketaatan kepada Allah sebelum engkau beralih kepadanya (liang kubur).
Barangsiapa yang kalbunya selalu disertai dengan kebaikan, nescaya keburukan tidak akan dapat membahayakannya. Barangsiapa yang selalu disertai dengan keburukan, niscaya kebaikannya tidak akan berguna baginya.
Musibah paling besar yang menimpa orang bijak adalah bila sehari yang dilaluinya tidak menyebabkan ia mendapatkan hadiah dari Tuhannya iaitu hikmah yang baru. Ambillah dari dunia sesuatu yang yang dapat menjadi bekal untuk akhirat mu dan janganlah kamu mengambil dari dunia sesuatu yang menghalangi akhirat kamu.
Kesempurnaan ampunan terletak pada 3 hal, iaitu: (1). penerimaan yang baik, (2) ilmu yang dihafal dan (3) mendermakan kurnia. Pengertian dari “penerimaan yang baik” adalah engkau mendengar (pengajian) dengan niat mengambil faedah dan menghidupkan daya nalarmu. Jangan sampai engkau “sok tahu” tentang apa yang kamu dengar, kerana sikap ini termasuk dalam sifat yang sombong dan merosak amal.
Petanda orang yang bertaqwa kepada Allah iaitu ada 3: (1) memprioritikan(mengutamakan) redha-Nya, (2) selalu bertaqwa kepada-Nya, (3) menentang hawa nafsunya. Dengan kata lain redha Allah di atas kepuasan hawa nafsunya. Ia selalu menemani ketaqwaannya, tidak pernah beranjak darinya, baik dalam keadaan suka mahupun duka, sedih mahupun gembira, senang mahupun marah. Ia selalu menentang hawa nafsu yang menjauhkannya dari Allah dan merugikan pahala dari-Nya.
Wahai orang-orang yang ingin menempuh jalan akhirat dan kebenaran wahai orang-orang yang menempuh amal ibadah dan kezuhudan, ketahuilah: Barangsiapa yang tidak memperbaiki akalnya, maka ia tidak dapat menyembah Tuhannya dengan baik, Barangsiapa yang tidak mengetahui penyakit amal, maka dia tidak dapat menghindarkan diri darinya,
Barangsiapa yang tidak benar perhatiannya dalam mencari sesuatu, maka dia tidak akan dapat memanfaatkanya bila mendapatkannya.
Ketahuilah bahawa ilmu itu tidak dikehendaki untuk diketahui saja, melainkan dikehendaki untuk diketahui dan diamalkan, kerana pahala amal itu dapat diraih berdasarkan pengalaman, bukan kerana ilmu semata. Tidakkah engkau lihat bahawa ilmu itu apabila tidak diamalkan, maka akan berubah menjadi bencana dan senjata makan tuan?
Barangsiapa yang mencari Nya bukan melalui jalan berharap dan takut, bukan dengan rindu dan cinta (kepadaNya), nescaya dia akan kebingungan dalam mencari-Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepadaNya engkau kembali.
Perhatikanlah, jangan sampai engkau termasuk oang-orang yang dikenal oleh para tetangga dan saudara-saudara engkau sebagai ahli kebaikan, seorang sufi, ahli zuhud, lagi ahli ibadah, padahal keadaaannya di sisi Allah kebalikan dari semua itu, kerana sesungguhnya Allah memberi engkau balasan hanya menurut apa yang Dia ketahui darimu, bukan menurut apa yang diketahui oleh manusia.
Janganlah engkau termasuk orang yang suka dengan kebaikan yang terlihat orang, yang sebenarnya hanya untuk makhluk, padahal tidak ada pahala baginya, bahkan mendapat siksa.
Manusia itu ada 3 macam iaitu 1). seseorang yang disibukkan oleh hari berpulangnya hingga lupa akan penghidupannya, maka yang demikian itu adalah tingkatan orang-orang shalih, (2). seseorang yang disibukkan oleh penghidupannya untuk hari berpulangnya, maka yang demikian itu adalah tingkatan orang-orang yang beruntung, (3). seseorang yang disibukkan oleh penghidupannya sehingga lupa kepada hari berpulangnya, maka yang demikian itu adalah tingkatan orang-orang yang binasa.
Ubat penawar hati ada lima macam: (1). membaca Al Qur’am dengan menafakuri maknanya, (2). mengosongkan perut (puasa), (3) qiyamul lail, (4) berdoa dengan merendahkan diri pada waktu sahur dan (5) berteman dengan orang-orang sholih.
Janganlah kamu mengambil teman kecuali yang mempunyai 3 pekerti iaitu: (1) yang mengingatkanmu akan akibat buruk dosa-dosa, (2) yang mengenalkanmu akan kotoran hal-hal yang tercela, (3) yang mengajakmu kepada Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib.
Orang yang jagoan dalam agama adalah orang yang menyandang tiga pekerti sebagai berikut: (1) memelihara lisan, ertinya tidak bicara kecuali yang berkenaan dengan apa yang berguna baginya; (2) menguasai kendalinya, ertinya bila berada di lapangan amal, ia menahan kendali kehendaknya bila yang dimaksudkan untuk selain Allah dan melepaskannya bila untuk Allah, (3) benar keterangannya, ertinya apabila dia mengetahui sesuatu, ia mengamalkannya.
Ada 3 hal yang membuat bahagia iaitu (1) mata yang menangis, (2) kepala yang tunduk (3) telinga yang mendengar.
Sebaik-baik perkara adalah kalam yang benar, lisan yang fasih dengan wajah yang cerah dan kata-kata yang lembut yang keluar dari lautan ilmu yang dalam melalui lisan seseorang yang berperangai lembut.
Kalam yang baik adalah baik dan yang lebih baik daripada kalam adalah maknanya, dan yang lebih baik daripada maknanya adalah pengamalannya, dan yang lebih baik daripada pengamalannya adalah pahalanya, dan yang lebih baik daripada pahalanya adalah keredhaan dari Tuhan yang amal itu dikerjakan keranaNya.
Kesenangan cinta,
adalah kerana ingin tetap bersama,
dengan yang dicintainya
Kami merasa hairan dengan orang yang selalu mencela
orang yang sedang dimabuk cinta
padahal selama hidupku
aku hanya cinta kepada Allah
dan merindukanNya
Aku duduk dan aku berdiri
hanya kerana Dia sepanjang hidupku
Jiwa orang yang cinta
selalu memerhatikan yang dicintainya
dan hatinya terasa hancur kerana kecintaannya
Kebanggaan orang yang dimabuk cinta
ialah apabila malam hari yang dilaluinya
hanya bersama dengan orang yang dicintainya
tempat ia mengadu dan mencurahkan isi hatinya
Dia berdiri di mihrab mengadukan kesusahannya
sedang hatinya penuh gelora cinta kepadanya.
Aku mati kerana penyakitku
yang tidak kutemukan ubat untuknya
dan pula tidak ada jalan keluar
dari musibah yang menimpaku
Apabila penyakit seorang hamba
adalah cinta kepada yang merajainya
maka tiada seorang tabib pun
yang dapat mengubatinya selain Dia.
Sumber : Cambuk Hati, Dr Aidh bin Abdullah Al Qarni, IBS, Bandung, 2004

Saturday, June 20, 2009

Ada kalanya Keceriaan itu Membahagiakan


Bahagiakan kehidupan ini,,, jangan selalu bersedih....pikir positif,lihat dengan penuh hikmah, rasa dengan penuh kasih,

Gelombang emosi kita punya getaran tersendiri.

Getaran positif akan menarik situasi positif. Begitu juga dengan getaran negatif. Bila fikiran kita asyik menerbitkan getararan negatif, maka ia akan menarik situasi-situasi negatif.

Sebab itulah perlunya kita 100% sentiasa berfikiran positif, bertindak positif dan berkata yang positif-positif saja sepanjang masa, seboleh mungkin, selama mungkin supaya segala apa yang muncul dalam hidup kita yang positif saja.

Jika kita berfikiran negatif walaupun sedikit, gelombang fikiran negatif yang sedikit saja tu akan memadam banyak gelombang positif yang dah kita cuba kekalkan sepanjang hari. Punyalah payah kita nak jaga, pastu senang-senang saja nak hilang. Mesti kita tak nak camtu kan…

Thats why kita perlu elakkan dari perkara-perkara yang boleh membuat kita berfikiran negatif walaupun sedikit atau terperangkap masuk ke fikiran negatif cuma sesaat. Anda perlu sedar. Walaupun sikit, fikiran negatif tetap memberi kesan yang besar!

Ingat. Hanya akan ada SATU jenis gelombang saja di minda kita pada satu-satu masa.

Hanya akan ada SATU emosi saja di fikiran kita pada satu-satu masa. Ia berubah-ubah sama ada positif atau negatif, bergantung pada keinginan kita.

Jadi, biar yang satu tu kita letak semuanya yang positif saja.

Jika kita tekad nak kawal fikiran kita supaya sentiasa jadi positif, maka positiflah ia. Nak mengawal fikiran positif sepanjang hari memerlukan kekuatan jatidiri, kemahiran mengawal emosi dan tekad yang kuat sebab di sekeliling kita banyak terdapat gelombang-gelombang negatif.

Nak jadi titik putih di atas kertas kertas hitam amat mencabar, namun ia akan berjaya dilakukan jika Anda ada 3 syarat yang saya katakan tadi, iaitu kekuatan jatidiri (kuat semangat), mahir mengawal emosi dan punya tekad yang amat kuat.

Akhir kata, berusahalah untuk menjadikan diri Anda ceria, tenang dan jika boleh, gembira sepanjang masa. Lupakan apa saja yang negatif, yang buruk-buruk dan yang menyakitkan hati.

Lupakan saja, elak untuk mengingat, memikirkannya atau bercakap tentangnya walaupun sedikit. Anda perlu elak sebab ia akan mengheret Anda masuk ke lembah kemurungan, permasalahan berat, kurang keyakinan diri.

Orang yang happy, yang tenang, hidupnya bahagia saja.

Dia mudah mendapat hasil yang cukup baik dalam apa jua yang diusahakan olehnya.

Gelombang emosi positif yang keluar dari mindanya menarik situasi-situasi positif muncul dalam hidupnya tanpa dia sendiri sedari. Yang dia tahu, be happy, be positive all the way.

Sikap menjaga emosi “feel good” sepanjang hari adalah salah satu teknik untuk “work smart in hard way”. Inilah juga sebab mengapa orang-orang berjaya sentiasa bersemangat, bertenaga dan cekal hati walau berdepan berbagai dugaan hebat.

Sifat selembut Abu Bakar setegas Saidina Umar


Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Omar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.
Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Omar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.
Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.
Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Omar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.
Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Omar pula. Omar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.
Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi: "Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.
Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.
Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar kepada Khalid, kerana Omar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Omar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.
Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Omar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.