Monday, February 8, 2010

Mengasihimu....demi Sunnah: Raih Syafaat


Segala puji bagi Allah, Penguasa sekaligus pengatur bumi dan segala isinya dan salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad saw penyandang gelaran Al Amin dan teladan yang mulia. Kita berharap dengan penuh kesungguhan semoga kita termasuk orang yang mendapat syafaat baginda ketika tidak ada seorang pun yang mampu menolong,bahkan menolong dirinya sendiri
Marilah kita sama sama menghadap kepada Yang Maha Esa dan Maha Mulia, Maha Tunggal, tempat bergantung semua, agar kita semua bersimpuh di depan pintu gerbang RububiyyahNya, berlindung di pintu wahdaniyyahNya,memohon dan sentiasa bermohon, meminta dan menunggu apa yang Dia berikan. Dialah Pemberi Afiat, Pemberi Kesihatan dan Maha Mencukupi. Dan Dialah adalah pencipta, Pemberi reseki, yang member hidup dan mematikan


Tautankan hati dengan ikatan akidah, pasti akan kekal abadi sehingga kita bertemu Ilahi….kata kata ini menjadi peransang kepada kita , mudah mudahan kita tergolong dari golongan yang mandapat rahmat kasih sayang Ilahi iaitu bertemu dan berpisah kerana Allah.

Teguhkan hati seperti gunung Uhud, tanpa tumbuhan yang menghalang hakisan hujan
Teguhkan diri tanpa rebah di undang badai kelesuan
Teguhkan pandangan pada yang satu, pasti hidup lebih berarah

Pasakkan jiwa dengan janji Ilahi, pasti tiada gusaran melanda
Pasakkan fikiran dengan matlamat yang jelas ibarat panah pada tujuannya
Pasakkan tumpuan pada halatuju yang satu, mengukir fatamorgana agar menjadi nyata berkat doa senjata mukmin.

Mengasihimu... bukan bermakna tiada orang lain untuk dikasihi tetapi engkau satu satunya...

Mengasihimu....bukan kerana keistimewaan zahir padamu tetapi keteguhanmu pada agama menjadi pesona padaku..

mengasihimu...Bukan bermakna menolak kelemahanmu tetapi menghargai keistimewaanmu dan sentiasa ingin berubah ke arah yang lebih baik...

mengasihimu...bukan bermakna jauh jadi ukuran, tetapi yang jauh itu lebih merasai kemanisannya, menjelaskan kesungguhan, menyatakan tanggungjawab...

dan mengasihimu....kerana ia satu Sunnah demi meraih Syafaat.....