Saturday, May 2, 2009

Rumah itu bersendirian : menunggu ....dan terus menunggu



menunggu bukan bermakna mengharap,
menunggu bukan bermakna buang masa
menunggu bukan bermakna tiada yang lain
menunggu bukan bermakna perlu habiskan masa pada perkara yang sia sia
menunggu bukan bermakna tiada cara lain

tetapi..
menunggu itu bukti kesungguhan untuk yang ditunggu
menunggu itu adalah bukti kesetiaan
menunggu itu kerana Ilahi semata mata
dan menunggu itu, lahir dari " rumah bersendirian" tanpa dipaksa mahupun disuruh kerana menunggu dan kesabaran itu sentiasa bersama sama, biarlah seksa tetapi indah ketika mengecapinya....

untuk MADAH yang perlu diertikan