Monday, August 31, 2009

Aku dan Dia….



Sekian lama aku tidak menulis secara bersungguh dan kosisten dalam blog aku ini…
Sekian lama jua tidak mecernakan idea yang dipaparkan dalam bentuk tulisan..
Sekian lama jua aku tidak melatih diri ini menulis dan melontarkan pandangan...
Namun pada hari ini jari jemari ini tergerak untuk menulis kembali .....
Aku Menulis bukan untuk memberitahu
Aku Menulis bukan untuk tatapan umum
Aku menulis bukan untuk menyatakan hasrat
Aku menulis bukan untuk mengungkap kesemua kehidupan yang ku lalui
Tetapi...
Aku menulis kerana ingin meyebarkan ketenangan,
Aku menulis kerana ingin melebarkan hubungan
Aku menulis kerana untuk kedamaian
Aku menulis kerana ingin membuka pintu harapan
Aku menulis kerana ingin menyatakan tingkah laku dalam lenggok bahasa yang ku tulis

Kenapa aku dan Dia sebagai mukadimah ini...
Ketika lidah ini bersenandung menyebut nama Dia,memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebut Dia, dimana hari ini akan menjadi damai, jiwa akan rasa tenang,perasaan menjedi tenteram, saraf tidak lagi menegang, aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.