Wednesday, December 30, 2009

JIka Anda dan saya....


jika anda dan saya....
pernah menjadi seorang cintakan islam, maka serlahkanlah dengan tindakan dan perbuatan.
jika anda dan saya....
pernah tergelincir dalam arus kehidupan dengan mengabaikan dakwah, maka muhasabahlah kembali, kerana Tuhan suka hambanyaNya bangun kembali setelah jatuh .
Jika anda dan saya.....
Pernah meratap kesedihan, lemahnya jiwa...jangan di kesali kerana dunia ini amat hina untuk di tangisi...
jika andan saya...
pernah merasakan diri ini masih tidak berguna...jangan di kesali selagi mana ada kebaikan yang masih kita lakukan dan kita masih dapat menunaikan solat...
jika anda dan saya...
pernah merasakan amat jauh dengan Ilahi, maka yakinlah, jika kita merangkak ingin berjumpa tuhan, tuhan akan dekati kita dengan " berjalan", jika kita berjalan untuk berjumpa Tuhan, tuhan "berlari " berjumpa dengan kita, dan jika kita berlari kerana ingin berjumpa tuhan, ketahuilah: sesesunguhnya Ilahi lebih dekat dari urat mereh di leher kita...
Jika anda dan saya ..
pernah merasakan bahawa jauh dengan baginda Rasulullah, maka perbanyakkan selawat ke atasnya, kerana Ilahi akan berselawat 10 kali ganda kepada kita..
jika anda dan saya...
pernah buntu untuk melakukan perkara kebaikan, maka bangunlah pada 3/4 malaM, berdoa airmata mohon agar Ilahi memudahkan kita untuk melakukan kebaikan demi bekalan untuk akhirat.
jika anda dan saya...
pernah merasakan kesempitan dalam hidup, maka perteguhkanlah diri dengan keyakinan firman Ilahi " sesungguhnya dalam kesempitan ada kemudahan"

ANDA DAN SAYA ADALAH SAMA, KITA DATANG DARI UNSUR YANG SAMA, MEMPUNYAI PANCAINDERA YANG SAMA,HIDUP DI DUNIA YANG SAMA,MAKAN MELALUI MULUT, MINUM MELALUI MULUT, BERNAFAS MEALULI HIDUNG, MELIHAT MELALUI MATA, MENDENGAR MELALUI TELINGA, BERJALAN MELALUI KAKI, MEMEGANG MELALUI TANGAN, ADA HATI UNTUK DIKASIHI, DICINTAI,DAN TERBITNYA KEMAHUAN, ...CUMA YANG MEMBEZAKAN KITA ADLAHA KETAQWAAN KEPADA ILAHI, KERASAAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DAN MERASAKAN DIRI INI BERtUHAN....