Thursday, December 30, 2010

Kat Kuala Terengganu Weh...




Tak Tahan tengok yang cover macho tu...perh hahaha



lawa betoi air terjun nyer...

Dari Tulang Rusuk Istimewa....


MANUSIA HAWA DICIPTAKAN DARIPADA TULANG RUSUK KIRI MANUSIA ADAM,BUKAN DARI KEPALANYA UNTUK DIJADIKAN ATASNYA,BUKAN DARIPADA KAKINYA UNTUK DIJADIKAN ALASNYA MELAINKAN DARI SISI UNTUK DIJADIKAN TEMAN HIDUPNYA DEKAT DI LENGAN UNTUK DILINDUNGI DEKAT DI HATI UNTUK DICINTAI.APABILA SEORANG HAMBA ALLAH TELAH BERISTERI/BERSUAMI IA TELAH MENYEMPURNAKAN SEPARUH AGAMANYA.PADA SEPARUH YANG LAIN HENDAKLAH IA BERTAQWA PADA ALLAH

Monday, December 27, 2010

Di Sebalik Tembok....

Harga sebuah kegembiraan terletak pada pengetian pada diri kita sendiri yang di ungkapkan dalam bentuk perbuatan.
Erti sebuah penderitaan terhasil dari pengalaman pahit yang merunsingkan jiwa, takala jiwa di himpit dengan fatamorgana kelesuan sebuah kehidupan.
di sebalik tembok itulah kita di ajar untuk berdikari serta memunggah kemampuan diri.
Sukar untuk mengatasinya kerana ketiadaan hati yang cekal untuk menerima hakikat.

Jadilah seperti air terjun , jika di halang kesana dan di sini tetapi akan tetap mengalir kerana ia berusaha untuk mengalirkan kesejukan, kedamaian kepada insan yang merasai kepanasan hidup.


Sekadar Gambar Hiasan

Thursday, December 23, 2010

Special DAy



Gagasan pencerapan diri....bermula dengan menerobos diri sendiri.....

Ramai orang mempunyai matlamat tetapi kebanyakannya hanyalah keinginan yang lemah. Akibatnya, mereka sentiasa mencari alasan menangguhkannya dan mereka enggan keluar dari zon selesa mereka.

satu satunya cara mencapai keinginan kita adalah dengan menjadi komited pada keinginan itu dan menjadikannya suatu kemestian.

Apabila kita komited dan sanggup melkukan apa sahaja, kita tentu mencari jalan bagi mencapai tujuan kita.

kita semua mempunyai tahap harapan dan tahap penerimaan. Namun, kita cenderung bergerak ke tahap penerimaan kita.

Kita mesti mengambil risiko demi mencapai kejayaan. Umumkan matlamat anda kepada keluarga dan teman teman anda. Dengan ini, anda meletakkan diri anda pada satu posisi di mana anda tidak mempunyai pilihan lain, melainkan meraih kejayaan.

So... semua perkra terletak pada tangan kita... gemgam tangan anda jika ia satu keinginan dan lepaskan gengaman tangan anda jika tidak mahu menanggung risiko...

setiap yang berjaya bermula dari beribu kegagalan... dengan kegagalan itu ia berjaya mencipta satu kemanisan kenuju kejayaan...

Hanya orang yang gagal sahaja menghargai kejayaan itu... lakukan, jangan bertangguh...

Wednesday, December 22, 2010

HADIAH YANG TERBAIK DARI USAHA YANG TERBAIK...



salam satu akidah pada semua pembaca blog ini.... menyepi bukan bermakna menghilang tetapi behenti sementara mencari ilham yang hilang...

entri kali ini membicarakan hadiah yang terbaik setelah usaha yang terbaik kita lakukan, dan adakalanya pemberian yang terbaik juga pasti mendapat yang terbaik..

coretan saya untuk post kali ni pendek sahaja memandangkan pengagihan masa untuk menulis diperuntukkan setengah jam sahja...

cuma... apa yang perlu saya katakan, jika kita memberi yang terbaik pada setiap apa yang kita lakuakan kita akan dapat hasil seperti usaha yang kita lakukan ...contohnya, kita memberi 100% tumpuan dan fokus dalam belajar , sudah pasti kita akan hasilnya 100% jua, sama seperti kita memberi yang terbaik pada kerja harian kita, sudah pasti hasil pulangannya yang terbaik untuk kita....

lakukanlah setiap perkara dengan penuh ikhlas dan amanah....

so jumpa lain waktu untuk semua pembaca blog ini...

Monday, November 29, 2010

Tuesday, September 14, 2010

Ubat Hati


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Wednesday, September 1, 2010

C inta : hakikat sebenar keluruhan jiwa


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

jika terlanjur kata mengungkap kata cinta pada masa belum waktunya, maka tegurlah, kerana kita sama sama ingin membina cinta mahligai naungan Ilahi

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

dari Genta rasa....

Saturday, August 14, 2010

MASALAH ITU DIDIKAN ALLAH…





Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah secara tuntas. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksud saya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat.

Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.

Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.
Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang ‘tidak kalah dengan mengalah’ sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

Kemudian, lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikat adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.

Jika dicuba juga… kita akan menghadapi ‘sylbuss’ yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang lain. Ingat, masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Ya, “we can’t direct the wind, but we can adjust our sails” – kita tidak dapat mengawal arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baiklah, cuba amalkan semua prinsip-prinsip di atas dalam menghadapi masalah kita. Sengaja saya luaskan horizon pemikiran dan ruang jiwa dengan beberapa prinsip penyelesaian masalah supaya kita sama-sama berfikiran dan berjiwa besar dalam menghadapi kehidupan.

Walaupun langkah ini kekadang dilihat lebih bercorak falsafah berbanding aplikasi, tetapi percayalah ia akan menolong anda untuk menghadapi hidup inii secara lebih pro-aktif. Tips-tips ‘direct’ untuk menyelesaikan masalah (seperti yang selalu diberikan) tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika soal hati dan pemikiran masih sempit dan tertekan. Sebaliknya, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.

Gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya!

Pahrol muhamas Juoi

Tuesday, August 10, 2010

Diploma Kepimpinan Islam...Impian


Subjek yang ditawarkan :

Semester pertama ialah Ulum al-Quran, Aqidah Islamiah, Politik Islam dan Sejarah PAS.

Semester kedua, Ulum al-Hadis, Pengantar Feqh Islami, Ekonomi Islam dan Sejarah PAS.

Semester ketiga Feqh Jihad, Feqh Da'wah, Pengurusan Kepimpinan dan Sejarah PAS.


Tenaga pengajar :

Terdiri daripada kalangan ilmuan PAS yang terlibat dalam organisasi parti.


Yuran Pengajian :

RM 300.00 bagi satu semester ( Beg, bahan kuliah, makan-minum )


Tempat Pengajian :

Ibu pejabat ILHAM ( C ) Negeri Perak
Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng
23A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak

Tel :

019-2627637 ( Pengarah / AF Us. Ibrahim bin Mohd Zakaria )
019-5710964 ( Timbalan Pengarah / AF Tn. Hj. Mohamad Azlan bin Jamaludin
019-4168747 ( Pendaftar / AF Us. Khairil Azhar bin Samsudin )


sekarang ni di buka setiap negeri.....

Monday, August 9, 2010

Hadis yang menggetarkan hati...



Sabda Rasulullah SAW., “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna, tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak”.

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat Hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: “Saya penjaga tukang umpat. Lemparkanlah balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat”.

“Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya herkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain”.

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong”.

Rasulullah s.a.w. meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata, “Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub”.

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata:

“Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad”.

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata, “Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah (mala petaka) dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini”.

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupanya bercahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata, Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dan para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak”.

Kemudian malaikat Hafazah jtu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ke tujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan, "Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa sahaja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi".

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya”.

Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka”.

Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat”.

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan”.

Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?”

Bersabda Rasullullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain”.

“Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam”.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW., “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar”.

Wednesday, August 4, 2010

Pesta Ibadah Cinta kepada Pencipta


Pesta Ibdah cinta kepada Pecipta ...
"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan



“Ya Allah, kurniakanlah untuk kami cintaiMu, cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yang dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…

Ya Allah, segala pemberianMu yg kami sayangi, jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu, dan segala apa Engkau pisahkan dari kami, sedangkan ianya amat kami sayangi, maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu, melebihi cinta kami kepada keluarga, harta benda dan meskipun air yang dingin ketika dahaga…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu, para MalaikatMu, nabi-nabiMu, para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…

Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Monday, July 26, 2010

DOA...sesuai untuk semua



Doa seorang suami
Sebagai seorang suami aku mohon kepada-Mu, ya Allah , jadikanlah aku pasangan yang tidak mementingkan diri sendiri, penuh sukacita, dapat diandalkan, bijaksana dan setia. Jika aku beroleh berkat menjadi seorang ayah, perkenankanlah aku mohon rahmat tambahan untuk senantiasa siap sedia menolong dan menjadi teladan yang baik.Ya Allah jadikan kriteria surah at taubah 128 menjadi tauladanku dan ikutan ku , agar mudah meraih Redhamu bersama sama insan pendampingku.

Doa seorang isteri
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

DOA suami dan Isteri.... Doa RAbitah...

Monday, July 19, 2010

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY : Bumi CINTA


sudah pasti kepada peminat novel islami pembangun jiwa menyukai penulisan penulis ini. bermula dengan novel ayat ayat cinta, ketika cinta bertasbih dan terbitan barunya Bumi CNTA memberi impak yang begitu besar dalam arena penulisan sastera dunia.

Permulaan penulisan semuanya hasil tadabbur penulis kepada ayat Al quran, di mana novel ini di tulis adalah untuk mebenarkan Kalam Ilahi dalam pengolahan cerita dengan mengayakan ayat Al quran dan hadis tepat pada situasi episod dalam novel ini.

membacanya menjadikan kita insan yang membumikan cinta kepada ilahi, kerana Ilahi melatakkan cinta pada orang mukmin lagi beriman.

Bumi CINTA KU pada pengasih Ilahi,
Bumi Cinta ku pada cinta sang Wadud
Bumi cinta ku pada Rindu sang kahlik

Walaupun kita mengingkari perintah Nya, tapi ia masih memandang kita dengan penuh Kasih.
Walaupun kita tidak pernak sujud padaNya, tetapi Sifat ar RahmanNya menagtasi segala perbuatan kita.
Walaupun kita tidak mahu ataupun menoleh darinya, Ia tetap memandang kita dengan sungguh Wadud...

Besarnya Cinta Mu Ilahi...


" Sungguh menakjubkan, seolah olah kita di dalam bahtera penulisannya, melayari kehidupan negara Rusia"

Monday, June 28, 2010

...MUJAHID SETIA

Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib


Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah

Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan samada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu. -Imam Sufian ath-Thauri

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api



Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal pikiran mereka.
Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.
-Dr. Mustafa Assiba'i

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tuesday, June 22, 2010

....Api Mahabbah



Saya adalah jiwamu dan kamu adalah jiwaku…kamu sangat beerti pada ku dan juga pada agama yang ku anuti…. Tiada yang lebih bermakna padaku, melainkan jiwamu untuk agama yang ku anuti…ku hadiahkan pada jiwamu wadah ini agar kuat seteguh bukit uhud, tidak tumbang di pukul badai nafsu dan godaan syaitan yang ditemani Qarin……
Ambillah pohon fakir bersama akar – akar pohon tawaduk atau kerendahan diri, jadikanlah padanya tumbuhan taubat , taruhkanlah kedalam lompang keredhaan dan tumbuklah dengan penumbuk Qanaah. Lalu, simpan di kuali taqwa, tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dengan api mahabbah, tuangkanlah ke gelas syukur, kemudian kipasilah dengan kipas harapan, lalu minumlah dngan senduk kepujian. Sungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu. Maka akan terjadi ubat bagimu daripada semua penyakit di dunia dan akhirat.
Ini maksudku untuk jiwamu.....
Redha di serupakan dengan lompang, kerana sama sama berfungsi sebagai tempat atau wadah menumbuk sesuatu. Redha adalah menerima berbagai bagai hukum dengan senang. Redha adalah kegembiraan hati pada pahitnya Qadak. Qanaah adalah membuang harapan pada sesuatu yang belum ada dengan mencukupkan diri pada apa yang telah ada di tangan. Sedangkan taqwa adalah menjauhi apa apa yang menjauhkanmu dari Allah. Perasaan malu , sesuatu keadaan jiwa yang timbul daripada kesedaran akan adanya nikmat dan kekurangan pengabdian diri. Dan mengenai Mahabbah atau rasa cinta, ialah menganggap sedikit pada jasa besar daripada diri sendiri dan menganggap banyak pada jasa sedikit daripada si kekasih. Syukur adalah pengakuan akan mencurahkan nikmat daripada Si Pemberi dalam kerangka hormat atau rendah diri.

Friday, June 4, 2010

" TIDAK BERJAYA "....Inilah jawapannya



Tersenyum sebentar mendengarkan , melihat " TIDAK BERJAYA "...terpapar di skrin KPM....

AllahuRobbi ...Ilahi sedang berbicara dengan ana ....
impian itu kehendak bukan keperluan, tetapi Ilahi hanya akan menunaikan keperluan hambanya sahaja....

sudah pasti peringatan Ilahi dalam qalamNya mengingatkan kita " setelah kesulitan pasti ada kejayaan".... Allah , ku tak perlukan apa kehendakku...cuma ku perlukan hati yang redha ( tingkatan redha ) dalam diri ini...redha atas caturan dan daya usaha ku ini...

Engkau yang memegang hati ini...Engkau yang berhak atas hati ini.. Engkau yang berhak mencatur hati ini, sama ada redha atau putus asa...Engkau yang berhak atas segalanya pada diri ini....


...

Friday, May 14, 2010

Istiqarah: Abu Saif





Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.


ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.



Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]


KESIMPULAN
1.Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2.Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
3.Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
4.Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5.Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6.Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7.Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
8.Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9.Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
10.Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11.Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12.Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13.Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14.Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15.Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

Tuesday, May 11, 2010

Gembiralah...

"SELEPAS KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN, SETELAH KABUS BERLALU PASTI AKAN CERAH KEMBALI".....
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya




kenapa harus besedih?..la tahzan


Jangan bersedih
hanya kerana niat anda di halang
jangan bersedih
kerana kesulitan bertubi tubi
jangan bersedih
anda masih mempunyai saudara dan orang yang menyanyangi anda
jangan bersedih
apabila anda masih menjaga kebaikan
jangan bersedih
kerana boleh jadi cubaan itu satu anugerah yang cukup bernilai


jangan bersedih
kerana Allah mengabulkan permohonan seorang musyrik apalagi terhadap seorang muslim yang bertauhid
jangan bersedih
msih banyak nikmat yang ada pada diri anda
jangan bersedih
hinaan tidak selamanya beeti buruk
jangan bersedih
kekuasaan manusia itu lemah, Tuhan Maha mengetahui setiap apa yang berlaku
Jangan bersedih
kerana dunia terlalu hina untuk di tangisi
jangan bersedih
selama mana anda memahami islam
jangan bersedih
kerana anda masih orang yang beriman kepada Allah


" demi mendapatkan makanan seekor semut akan berusaha naik beribu ribu kali, seekor lebah akan terus pergi, pergi jauh, seekor serigala rela meninggalkan kesenangannya"


"jangan bersendirian takala keseorangan menempah ombak, bangun duduk bersama, kalau kaki membengkak, tangan terseliuh, jari terluka,telinga sakit....mata pasti akan mengalirkan air mata, kerana mata itu tahu,
semua yang sakit akan di rasainya bersama
"

Saturday, May 1, 2010

Jika Ini Doanya...Masakan Allah..



ini coretan dari sahabat saya, setelah lelah melalui kehidupannya, moga beroleh Iktibar.

Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang wanita yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku. Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakkalku kepada-Mu. Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu, ameen ya Rabb al-’Aalameen

Ku tunduk malu di hadapan Ilahi...malu untuk meminta, kerana cukup banyak Ilahi kurniakan kepadaku...tak terhingga nikmat yang di anugerahkan...
Dia ciptakan matahari untuk aku mandi sinarannya, Dia ciptakan angin untuk ku hirup udaranya, Dia menciptakan sungai sungai untuk ku rasai airnya, Dia ciptakan tanaman untuk aku rasai makanan dari tanaman tersebut..
..besarnya pemberian Ilahi Sejauh mana melangkah sekali pun , pasti aku mengucapkan rasa syukur pada mU...Ilahi, maafkan aku Ilahi...mafkan aku Ilahi...jika aku menyatakan cinta kepada Mu , pasti ia dusta percakapan ku kerana perbuatan ku tidak melakukan apa kehendakMu, jika aku cintakan Rasulullah, pasti dusta percakapan ku kerana perbuatan ku tidak pernah mengikuti Rasullullah saw

Monday, April 5, 2010

Sukan..... bermula dengan kesungguhan

salamualaik...
teringat di zaman remaja dulu, ketika mana usia menjangkau 14 tahun dan 15 tahun....permainan sofball le menjadi rutin harian setiap petang, mewakili sekolah dan daerah dan tumpas di peringkat negeri , apabila bertemu dengan pasukan dari sekolah sri perak...pada waktu itu aku di bahagian SS...

BASKETBALL
masuk sahaja usia 16 tahun, aku berpindah ke sekolah teknik, bahagian kejuruteraan elektrik dan elektronik...pada waktu ini teringat projek akhir aku tingkatan 5 iaitu ampaian automatik berirama...heheh...lawak pun ade bunyinyer..tapi dapat A woooo....

pada ketika permainan yang aku gemari ...heeee heee..... bola keranjang...nampak jer macam tak cukup syarat untuk mewakili sekolah tapi alhamdulillah dapat jugak wakil sekolah....tp kalah dengan student cina...geram betul....



dalam masa yang sama jugak...aku minat bermain bola tampar...tapi tak serius macam main softball or basketball....heheh

alhamdulillah , ketika waktu praktikum...aku dapat pembantu jurulatih softball di sekolah praktikum aku...apa lagi...keluarkan semua skil yang ader ler...waktu tu , pelajar pelajar baru tahu yang cikgunye ini bukan sekadar mat surau tapi mat sukan pun jugak...

cume kebelakangan ini kurang sikit nak bersukan, kalau bersukan pun 3 kali seminggu, gi joging ker, or ape ape sahaja agar berpeluh...

MELUKIS POTRET

Yang ini satu lagi agenda dalam hidup aku yang terpaksa di tinggalkan...kalau dulu setiap masa melukis,,, potret. permandangan ...suka pada seni...pantang kalau nampak permandangan cantik pasti nak lukis...antang kalau orang melukis pasti aku jugak nak melukis...abis beratus ratus juga nak beli peralatan melukis...tapi sekarang dah kurang melukis coz banyak kerja lain yang perlu di laksanakan....





BERALAH ANGIN

sekian lama usia bertambah...semuanya telah beralah angin, hari ini aku tidak lagi lakukan perkara atau hobi yang dulu...sekarang lebih banyak membaca menulis dan buat kerja islam...kadang kala sampai tak sempat nak hidup macam dulu...

semakin bertambah usia semakin mendalami agama ...semakin aku perlu mandahulukan hak Allah...hak yang belum du tunaikan sepenuhnya...inilah tugas utama yang perlu dilaksanakan...sampai tak sempat nak merancang masa hadapan....

tetapi aku akan still menunggu mursalun ku....kerana ku yakin perubahan dapat di pertguhkan jika ada konsep mendorong antara satu sama lain...

usia

penulisan akan datang : "cinta ku bukan cinta yang murah "

SEBAGAI MUKADIMAHNYA ku lemparkan kata pujangga
kata pujangga
"MAKAN ITU KESENANGAN SATU HARI, WALIMAH ITU KESENANGAN 1 BULAN, MENGUMPUL HARTA ITU KESENANGAN SATU TAHUN DAN MENJAGA IMAN ITU KESENANGAN SEPANJANG HAYAT"

Thursday, April 1, 2010

salamualaik....kembali menulis di alam maya

Salamualaik.....

Saban hari usia semakin bertambah....maknanya semakin hari semakin menghampiri kepada kematian....60 - 26 = 34 tahun.... yea 34 tahun lagi akan menghampiri kepada kematian kalau mengikut sunnahtullahnya..... walau bagaimana pun kematian itu pasti dekat dengan kita... ye semakin hampir....semakin mendekati.....

kalau ikutkan bicara hati, banyak perkara yang belum di laksanakan.... kecintaan kepada Rasullullah belum benar benar sebati dalam diri lagi, apatah lagi mengikut sunnahnya....AllahuRobbi...namun usaha demi usaha masih terus dilakukan agar kita berada di antara ummat yang di cintainya...

" ana teringat.... tika mana sahabat Rasullah SAW bertanya kepada baginda, " bagaimanakah ya Rasulullah untuk membezakan umat mu dari himpunan seluruh manisia di padang masyar kelak" Jawab Baginda dalam perumpamaan" Adakah aku tidak dapat membezakan seekor kuda putih di antara ribuan kuda hitam si sekeliling nya? pahamlah sahabat nabi....

Yang membezakan kita dengan umat lain adalah wudhuk yang sempurna yang dilakukan, pada ketika itu anggota wudhuk akan bercahaya....

SEDIAKAH UNTUK MATI

persoalan ini sentiasa bermain di dalam diri orang yang beriman...bagaimanakah seni kematian kita,,, bimbang dan khuatir apabila kematian menjemput kita dalam keadaan jahil dan melakukan maksiat...namun apa yang perlu dilakukan ...ambillah contoh kehidupan orang alim, ulama' sebagai panduan hidup kita agar sentiasa berada dalam keadaan mengingati Ilahi....

Kita di bekalkan oleh Allah dengan ilmu, dengan harta, dengan keluarga, dengan isi rumah tangga,dengan kelebihan , dengan kekuatan jiwa yang hebat....semua ini Allah anugerahkan kepada kita untuk kita manfaatkan bagi berdakwah supaya masyarakat sekeliling kenal bahawa Allah Itu Tuhan Kita....Bila tiba pada satu ketikanya...kita akan berhadapan dengan Ilahi tanpa apa apa...pada tika itu kita bersimpuh malu, bersimpuh tunduk...bersimpuh kehambaan....di hadapan Allah..

APA YANG PERLU KU LAKUKAN APABILA MASUK SYURGA NANTI

kadang kala terbit persoalan ini... terdiam sebentar...jika Ilahi benarkan aku memasuki syurgaNya,...yang pertama, aku ingin berjumpa dengan kekasih Allah, aku ingin berjumpa dengan saidina abu Bakar As siddiq yang lembut jiwanya, aku ingin berjumpa dengan ketegasan Umar Al Khattab, aku ingin berjumpa dengan saidina Uthman saidina Ali, Hassan Al Banna,Imam Syafie....dan semua pejuang islam kerana aku menyanjungi perjuagan mereka dan mencintai mereka...namun timbul persoalan ...adakah layak untuk aku masuk ke syurga....

BERSIMPUH KEHAMBAAN....

" jangan bicara soal kecintaan pada Ilahi jika belum menunaikan hakNya"
" jangan bicara soal ketaqwaan jika dirimu masih mengharap pujian"
" jangan bicara soal kematian jika dirimu belum bersedia untuk nya"
" jangan bicara soal taqdir jika dirimu belum menerima ujian dari Nya"
" jangan bicara soal Usaha jika dirimu belum bersungguh terhadap yang di usahakan dan ingat kegagalan itu mahar kejayaan"
" jangan bicara soal banyaknya amalan yang dilakukan jika keikhlasan mu masih tidak setulus mulus kerana Ilahi"
" jangan bicara soal kasih sayang jika masih ada kebencian kepada saudaramu mahupun sebesar zahrah"

" bersimpuhlah kamu di atas sejadah menyatakan kehambaan, menyatakan kecintaan, basalah bibirmu dengan memuji Ilahi tanpa mengharap balasan cuma keredhaan sahaja yang di dambakan"

KENAPA PERLU BIMBANG UNTUK MALAYARI BAHTERA

yea...kenapa harus di bimbangi melayari bahtera jika sudah tahu mengemudi kapal, membaca cuaca, memahami arah angin,....takut pada ombak? ombak terbantuk dari pukulan angin kepada air maka tercipta gulungan air yang di kenali ombak... semua itu kan makhluk Allah...tidak perlu ada yang di takutinya....yakinlah pada Allah, Allah sentiasa bersama kita...

" Aku akan terus menunggu sehingga Ombak berhenti agar kembali tenang"

Yea aku akan terus menunggu walaupun usia semakin mendekati Ilahi...kerana ku yakin ....ku Yakin Pada janji dan petunjuk Ilahi"

Tuesday, March 2, 2010

Rasulullah...anugerah dari Ilahi


Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,”Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” - “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii” - “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Monday, February 22, 2010

Raih dariNya



" Makan itu ketenangan satu hari, walimah itu ketenangan satu bulan, mengumpul harta itu ketenangan satu tahun, tetapi memiliki iman ketenangan sepanjang hayat"

Ilmu itu...



· menara kepada penghuni syurga

· teman di saat kesunyian

· rakan dimasa keseorangan

· teman berbicara di waktu khulwa

· petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan

· senjata dalam menghadapi musuh

· perhiasan di saat bersama teman-teman


salamualaik....
waktu ini, tiada yang akan mengerti apabila iman kita bersuara....

bila nafsu gelojak mengibas dirinya...maka iman akan tegas berbicara kepadanya agar jangan melampaui batas...

bila kerinduan yang tak saharusnya di tempiaskan pada yang bukan muhrim, maka iman bersuara agar tunduk kepada Ilahi...jangan kerinduan itu membinasakan diri..

bila air mata mengalir tika waktu bermunajat kepada Ilahi, tika menyatakan hasrat tidak upaya menanggung ujian, tika merintis tunduk memegang dada dengan penuh kedaifan, tika itu iman gembira bercahaya terang...dan berkata " bersuaralah kamu, kerana bicaramu itu ,,, mendekatkan aku kepada Pencipta"....

raihlah kasih sayang Tuhan....rasa kecintaan dari Ilahi..

bila

Tuesday, February 16, 2010

Program Liqa mesra..alumnai poli



sebahagian peserta muslimin yang hadir







salam...alhamdulillah hampir 3 bulan bertungkus lumus bagi menjayakan program ini...alhamdulillah kita berjaya mengumpulkan hampir 150 orang termasuk anak anak alumnai...mengetuai program ini bukan perkara yang mudah, nak menyatukan kan alumnai setiap negeri untuka berkumpul di utara....

" tautkan hati dengan ikatan akidah, pasti akan kekal abadi, sehingga kita bertemu Ilahi"