Wednesday, September 2, 2009

… terus menunggu : bila agaknya kunci diserahkan?




Menunggu bukan bermakna menyusahkan orang lain tetapi itu bukti kesetiaan
Menunggu bukan bermakna menyusahkan diri sendiri tetapi ia merupakan sinar harapan bagi hati
Menunggu bukan bermakna yang di tunggu hak milik yang pasti tetapi usaha yang dia adalah satu satunya istimewa
Menunggu bukan bermakna mensiakan waktu tetapi menanti hari pada pertemuan yang kekal abadi
Menunggu bukan bermakna kita harus buat keputusan drastic tetapi merancang yang sukar kepada mudah, yang berliku kepada lurus, yang ampuh kepada yang cekal, yang samar kepada terang nyata dan yang negative kepada positif
Menunggu satu kalimah pada pandangan zahirnya sukar tetapi yang sukar itulah akan timbul kemanisan di hujungnya.” Sesungguhnya setelah kesulitan pasti ada kemudahan” Firman Ilahi
Menunggu dan terus menunggu kerana menunggu itu pasti akan berakhir takkala kunci itu diserahkan dan boleh memilikinya bersama untuk tempuhi kehidupan pahit, getir, tenang, kecewa sedih sakit dan manis.

“ jika ingin membuat satu keputusan, ikutlah kata hati kecilmu, jika masih kabur, pejamkanlah matamu dan lihat wajah ibu dan ayah mu, dan ingatlah “ Ilahi sebaik baik penolong”, pasti keputusan mu tidak akan mengecewakan hidupmu”