Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah....Terima kasih Ilahi...



alhamdulullah ... bersyukur pada hadrat Ilahi.... sesungguhnya Ilahi tahu akan kehendak hambaNya...cuma tinggal lagi keyakinan yang tinggi perlu di pupuk dari semasa ke semasa ....
sungguh luar biasa perancangan Ilahi..ketika hati ini gundah untuk mencari rezeki, ketika itulah jalan keluar yang tidak di sangka sangka di berikan....

betullah firman Ilahi..." seseungguhnya dalam kesempitan ada kemudahan"...

jika kita bermimpi surah ini, maka maknanya Ilahi akan memudahkan kita untuk memahami tentang agamanya...ana pernah juga bermimpi membaca surah ini , ayatulqursi dan juga surah al fatihah...surah alin syirah ini bermimpi di mana peristiwanya, ana sedang mengajar pelajar dan ana marah mereka menggunakan ayat ini ketika mengajar dan al fatihah, ana bermimpi ana punya naqib " ust zainol asri mengajar ana".

sebagai mukadimahnya... baru pagi tadi ana berbincang bersama ummi dan abuyah di t.malim ini untuk buat rakan kongsi niaga,,, alhamdulillah perbincangn yang singkat di yang temani dengan keyakinan pada Ilahi, serta teh tarik free yang sedap... ummi bersetuju untuk ana berniaga di bawah restorennya, dengan membuka gerai minuman ice blanded the vanilla, capicino,mocha powder dan insyaAllah akan di pasangkan dengan rojak buah buahan yang segar di gauli dengan perencahnya yang mai dari kota sarang semut, kedah..

semua ini di permudahkan Ilahi...

ana akan terus berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir, dalam perniagaan ini...
untuk adik adik ana yang berada di sekitar t.malim ..mai yea ke gerai ana, kalo nak merasa produk ana....insyaallah awal bulan satu ini ana akan bukak gerai ini....

1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

TERIMA KASIH ILAHI KERANA SEMUA INI...

1 comment:

Unknown said...

Wah. Memang rezeki itu datangnya dari Allah. Ana bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan a.nizam. Maka bertambahlah rezeki a.nizam ye.

Kalau ada kesempatan ana singgah di Abuya.

Abuya ada manfaat. A.nizam pun ada manfaat. Masing-masing melengkapi.
Pasaran di situ lebih baik daripada di depan rumah sahaja.

"Ini namanya, jadikan tentangan jadi peluang." (Pinjam ayat Azzam di KCB)